Sambal Terung Balado
Menu kali ini ialah menu simple, menu mesra orang bujang, dan menu yang bakal menambah-nambah nasi.
Terung balado nama diberi, atau terung berlada pun ada yang panggil. Che Nom akan tunjuk cara untuk masak terung balado yang tahan lama dan tak mudah basi. Rasa pun cukup pedas, sedap dan terungnya tak terlalu berminyak atau lembik.
Menarik sangat untuk dihidang. Kalau makan dengan nasi panas pon dah cukup. Boleh juga dipadankan dengan set ayam penyet.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 22 Oktober 2023133 paparan
Masa Penyediaan
30 minit
Masa Memasak
20 minit
Jumlah Masa
N/A
Hidangan
? orang
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 3 biji terung panjang
- 1/2-1 cwn minyak masak
- 4 biji bawang merah kecil
- 5 ulas bawang putih
- 3 tangkai cili merah besar
- 10 tangkai cili padi merah
- 1 biji tomato
- 1/2 inci belacan
- 1-2 sk garam
- 1 sk gula
- Sedikit serbuk seasoning
- 3 helai daun limau purut
- 1 cwn ikan bilis
Cara Memasak
Penyediaan Utama
- 1Potong kasar bawang merah kecil (kalau nak ganti dengan bawang besar pon boleh agak-agak 1 biji sederhana).
- 2Potong kasar bawang putih dan cili merah besar (besar betul cili nih jadi Che Nom guna 3 biji aja. Kalau saiz biasa 4-5 biji).
- 3Cili padi merah, kena guna semua yang warna merah lah kalau nak warna sambal balado tu merah cantik. Buang tangkai dan patahkan 2 . Siapa suka pedas lebih kan.
- 4Tomato potong kasar
- 5Terung ungu, buang tangkai kemudian potong memanjang 1.5 inci dan belah 4.
- 6Ikan bilis basuh dan toskan air biar kering. Kalau goreng basah-basah nanti takut lambat nak garing.
- 7Panaskan minyak dalam kuali, bukak api besar ye sebab kita nak minyak betul-betul panas.
- 8Bila minyak dah panas, boleh goreng terung separuh masak. Jangan letak banyak sangat nanti minyak jadi kurang panas, lambat perang, dan minyak menyerap dalam terung
- 9Bila terung dah garing boleh angkat dan toskan minyak.
- 10Goreng pulak ikan bilis. Bilis pon sama, minyak kena betul-betul panas masa mula-mula goreng barulah ikan bilas garing. Bila minyak dah diam tak bising letup-letup dah, boleh angkat.
- 11Bekas minyak goreng tadi kita goreng pulak bawang merah, bawang putih dan semua cili.
- 12Bila semua dah layu masukkan tomato dan belacan seciput..ala-ala macam nak makan tapi malu.
- 13Bila dah naik bau bolehla angkat.
- 14Masukkan bahan yang kita goreng tadi dalam pengisar dan kisar kasar, kalau ada batu gesek boleh guna.
- 15Masukkan balik bahan kisar dalam minyak bekas goreng tadi dan masak sampai sambal ni kering sikit.
- 16Bila dah kering air dan pecah minyak, boleh perasakan dengan garam, gula dan serbuk seasoning.
- 17Koyak masuk daun limau purut, lebih wangi kalau kita letak waktu last ni.
- 18Sekarang boleh masukkan semua terung goreng.
- 19Gaul terung biar lembut dan sebati dengan sambal.
- 20Boleh tutup api dan angkat.
- 21Last sekali tabur ikan bilis goreng atas sambal. Biasanya tumbuk dan masuk sekali dalam sambal, tapi untuk terung balado, Che Nom suka tabur bilis.
Petua & Panduan
- •Satu petua untuk elak cili meletup waktu goreng, caranya patahkan je cili.
- •Terung ni sifat dia bila goreng, mula-mula akan serap minyak, bila dah lembik baru minyak tu akan keluar semula, tapi kita taknak lembik masa mula goreng, ha tu yang goreng cepat, api besar, cepat perang, barulah tak serap banyak sangat minyak.
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
786 Resipi
Lihat profil Che_Nom