Resepi Sambal Ikan Bilis, Kacang dan Kentang Pedas Rangup

Sambal Ikan Bilis, Kacang Dan Kentang Pedas Rangup
  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  • Masa Memasak:15 minit,
  • Jumlah Hidangan:6-7 orang

Resepi Oleh: Che' Nom

Che Nom nak share cara buat sambal ikan bilis, kacang dan kentang yang rangup dari YouTube Chef Eddy Siswanto dari Indonesia. Memang betul-betul rangup, sedap, boleh disimpan lama dan juga buat jualan. Sedap sangat kalau makan dengan nasi panas atau roti.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar kasar:
    • 3-4 biji bawang merah kecil
    • 4 ulas bawang putih
    • 12 tangkai cili kering
  • Bahan-bahan untuk lain-lain:
    • 2 cawan minyak masak
    • 2 biji kentang
    • 100g ikan bilis
    • 200g kacang tanah
    • 3-4 keping hirisan lengkuas
    • 2 sudu besar gula putih
    • 3 sudu besar gula nisan/gula melaka
    • 1/3 cawan air asam jawa
    • 1 sudu besar cuka makan
    • 1/4 sudu kecil kiub ayam
    • 1/4 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk untuk goreng:
    1. Kupas dan hiris nipis kentang. Gaul dengan sedikit garam. Biarkan seketika sampai kentang keluarkan air dan toskan.
    2. Bersihkan ikan bilis dan toskan.
    3. Panaskan minyak, goreng kentang sehingga garing. Perlu kerap kacau sehingga kentang perang dan rangup. Angkat dan ketepikan.
    4. Goreng ikan bilis sehingga rangup.
    5. Keluarkan sedikit minyak dan goreng kacang tanah sehingga sedikit keperangan. Angakat dan ketepikan.
  2. Cara-cara untuk sambal:
    1. Buang biji cili kering dan rebus. Kisar semua bahan-bahan untuk kisar kasar
    2. Menggunakan baki minyak tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan juga hirisan lengkuas.
    3. Bila sambal sudah pekat, masukkan gula putih, gula nisan atau gula melaka, air asam jawa, cuka makan dan kiub ayam.
    4. Masak sehingga sambal bertukar warna menjadi sedikit gelap dan pekat. Tabur garam secukup rasa.
    5. Tutup api dan gaulkan kacang tanah dan ikan bilis. Kerap kacau sehingga sambal betul-betul sebati dan sejuk. Last sekali masukkan kentang goreng. Gaul lagi dengan kerap sehingga semua bahan bersalut sekata.

Tips:

  • Bahan-bahan yang digoreng haruslah dikacau dengan kerap supaya masak sekata dan garing.
  • Sambal haruslah pekat dan kering. Kalau basah, nanti bahan-bahan goreng akan jadi lembik bila disimpan.
  • Kalau nak tunggu sambal sedikit suam sebelum kacau dengan bahan-bahan goreng pun boleh.

Youtube

Artikel Berkaitan

Resepi Berkaitan: