ResepiCheNom
Sambal ketuk

Resepi Sambal Ketuk

Prep 15 minMasak 10 minJumlah 25 min

Sambal yang simple tapi menambah-nambah. Bahan utama ikan bilis, cili padi dan bawang putih yang digoreng dan kemudian diketuk kasar. Sapa yang belum cuba jomlah try buat.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 5 biji bawang merah kecil5 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 10-15 tangkai cili padi10-15 tangkai cili padi
  • 1 mangkuk ikan bilis1 mangkuk ikan bilis
  • Limau kasturiLimau kasturi
  • 1/2 inci belacan bakar1/2 inci belacan bakar
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam
  • 1 sk gula1 sk gula
  • Serbuk perasaSerbuk perasa

Cara Buat Sambal Ketuk

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
  2. 2
    Potong kasar cabai melaka (cili padi).
  3. 3
    Basuh ikan bilis dan tos kering.
  4. 4
    Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan ikan bilis.
  5. 5
    Goreng pulak cili padi dan hirisan bawang. Bila bawang dah garing boleh angkat dan sejukkan.
  6. 6
    Bakar sekejap belacan.
  7. 7
    Tumbuk bawang dan cili goreng sampai hancur (tapi jangan sampai lumat).
  8. 8
    Masukkan belacan bakar, gula, garam dan serbuk perasa. Tumbuk sampai sebati.
  9. 9
    Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng (masuk sikit-sikit). Tumbuk sebati dan adjust kalau kurang.
  10. 10
    Sambal sedia untuk dihidang bersama nasi panas dan telur goreng.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Menu kali ni sangatlah simple tapi merbahaya sebabnya tak sedar asyik menambah nasi je kerjanya nanti jom tengok Che Nom buat sambal ketuk. Che Nom tak pasti sambal ketuk ni asalnya daripada mana dan baru-baru ni teringin nak cuba. Memang benar bagai dikata sedap sangat sambal ketuk ni.

Bahan-bahan tu kita goreng je kesemuanya dan tumbuk haa ketul lah kan sebab tu namanya macam tu. Sapa yang belum cuba Che Nom rekemen 100% lah, jom cuba buat. Jemulah makan ayam ikan hari-hari cuba tukar menu pulak.

Diterbitkan pada 5 September 202419.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru