Resepi Sambal Nasi Lemak Berkuah
Sambal nasi lemak berkuah versi ikan bilis, dimasak sampai bilis lembut dan sebati menyerap kuah pedas. Sedap makan dengan nasi lemak atau nasi putih panas.

Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Nasi Lemak
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Sambal
- 1Hiris nipis bawang besar untuk tumisan.
- 2Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
- 3Rendam asam jawa dalam air panas, bila dah lembut, ramas dan ambil jus.
- 4Kentang potong dadu.
- 5Cili kering, gunting dan rebus sampai mendidih dan lembut.
- 6Masuk dalam blender bahan potong kasar, belacan (boleh ganti sos tiram), cili kering, ikan bilis dan air. Kisar halus.
- 7Panaskan minyak dan goreng kentang. Angkat dan ketepikan.
- 8Goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan ketepikan.
- 9Tumis bawang besar dan daun pandan sampai bawang layu.
- 10Masukkan bahan kisar halus dan air kemudian tumis sampai sambal pecah minyak.
- 11Masukkan gula melaka (boleh ganti gula putih), air asam jawa, air, ikan bilis goreng dan kiub ayam / ikan bilis (pilihan).
- 12Boleh rasa kalau kurang masin, adjust dengan garam.
- 13Bila sambal dah masak, hiris bawang besar dan tabur masuk dalam sambal.
- 14Hidang bersama nasi lemak, kacang goreng, ikan bilis, timun dan telur.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 495 kcal
- Protein
- 21.5 g
- Karbohidrat
- 23 g
- Lemak
- 34.5 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 8.5 g
- Natrium:
- 1630 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 cawan minyak masak dikira 80% dimakan bersama sambal.
- Ikan bilis dalam pes (1 cawan) dan ikan bilis goreng (1 mangkuk besar) dianggar 60 g dan 120 g kering.
- Belacan, ikan bilis dan kiub pati menjadikan natrium tinggi.
- Garam secukup rasa dianggar 1 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Goreng ikan bilis separuh masak sahaja, kalau garing nanti bila masak dalam sambal, ikan akan jadi liat.
- Ikan bilis kalau dan masak dia akan bunyi senyap. Jadi angkat waktu minyak masih bunyi bising lagi.
- Masa tumis sambal, boleh tutup sekejap kuali tapi jangan rapat sangat takut wap tak keluar.
- Minyak yang bertakung atas sambal boleh kaut keluar. Boleh simpan untuk masakkan lain.
Video
Pengenalan
Untuk penggemar sambal dan juga penggemar nasi lemak, kali ni Che Nom nak masak sambal ikan bilis versi berkuah. Kita masak ikan bilis dalam sambal tu sampai lembut, sampai sebati menyerap kuah sambal. Lauk ni memang favourite Che Nom ni sebab dulu-dulu macam ni la cara mak Che Nom masak, penuh sekuali. Kalau ada lebih mesti simpan peti sejuk dan bila lapar, Che Nom akan panaskan dan makan dgn nasi putih dengan ulam je.
Kalau dah nama sambal, bahan utama mestilah bawang dan cili kan? Kita kisar halus, kemudian goreng ikan bilis separuh masak. Kemudian kita masak lah sambal yang pedas, berkuah, semua secukup rasa penuh dengan ikan bilis nya. Sedap sangat kalau makan dengan nasi lemak sempoi. Kalau nasi putih aja pun tetap sedap./p>
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









