
Sambal Hijau Bilis Petai
Resepi kali ni, khas untuk peminat petai. Jom kita masak Sambal Hijau Bilis Petai. Che Nom dan suami memang suka sangat makan sambal hijau. Bila tambah dengan petai memang bertambah-tambah sedap jadinya. Untuk resepi yang sebelum ni cili hijau tu direbus, tapi kali ni Che Nom guna cara goreng 2 kali.
Kena tengok video untuk tips macam mana nak kekalkan warna hijau sambal tu sepanjang proses memasak. Kalau sekali buat banyak-banyak dan simpan dalam botol memang memudahkan kerja mak-mak di dapur. Makan dengan telur mata, nasi panas dan kicap je dah cukup terangkat.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 cwn minyak masak
- 1-2 biji bawang holland
- 10 ulas bawang putih
- 3 biji tomato hijau
- 450g cili padi hijau
- 150g cili besar hijau
- 100g ikan bilis
- 3-4 sk serbuk perasa
- Garam secukup rasa
- 4 helai daun limau purut
- 10-12 papan petai
- 1Potong kasar bawang holland, bawang putih, cili hijau dan cili padi hijau.
- 2Belah tomato 2- 4 bahagian.
- 3Ikan bilis basuh dan toskan.
- 4Petai belah 2 dan kupas kulit. Bilas dengan air dan tos kering.
- 5Panaskan minyak masak. Goreng bawang holland, bawang putih dan tomato sampai layu. Angkat dan tos minyak
- 6Goreng cili padi dan cili hijau anggaran 3-4 minit. Angkat dan toskan minyak.
- 7Akhir sekali goreng ikan bilis sampai garing, kemudian angkat dan toskan minyak.
- 8Kisar kasar cili padi, cili hijau, tomato, bawang holand dan bawang putih.
- 9Panaskan balik minyak goreng tadi dan tumis semua bahan kisar dengan api perlahan.
- 10Masukkan serbuk seasoning dan garam.
- 11Bila sambal dah pecah minyak, masukkan daun limau purut dan petai. Masak sampai petai layu.
- 12Tuang masuk ikan bilis goreng. Kacau sebati kemudian boleh tutup api.
- •Petai kalau ulas besar-besar kena tengok lebih sikit takut ada ulat.
- •Masa angkat cili, pastikan cili hijau lagi. Kita nak maintain warna hijau dalam sambal.
- •Masa tumis sambal, boleh tambah minyak kalau kurang.
- •Masuk sambal dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....
Resepi Berkaitan

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
undefined...
Diterbitkan pada 2 Mac 2018
Sambal Ikan Bilis Petai
undefined...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Sambal Ikan Bilis Sira Garing
Resipi sambal ikan bilis garing yang rangup dan tahan lama, sesuai dimakan dengan nasi panas atau bubur.
Diterbitkan pada 9 November 2025

Sambal Terung Balado
undefined...
Diterbitkan pada 22 Oktober 2023

Sambal Nasi Lemak Berkuah
undefined...
Diterbitkan pada 10 Ogos 2022

Sambal Garing Bilis Tempe
undefined...
Diterbitkan pada 19 Jun 2022
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.