
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai, buat penggemar petai hidangan ini sememangnya membuka selera. Sila rujuk bahagian TIPS untuk cara mendapatkan sambal tumis yang masak sempurna dan sedap.
Sebelum masukkan bahan kisar halus, Che Nom tumis dulu bawang besar supaya rasa sambal akan menjadi lebih manis dan sedap apabila bawang itu lembut dan masak sebati bersama cili serta bahan kisar lain. Ini adalah petua dan ilmu yang diperolehi dari seorang kenalan yang terkenal dengan masakan sambal tumisnya yang sangat sedap.
Anda boleh masukkan petai di akhir proses masak jika lebih suka petai yang masih mempunyai tekstur rangup apabila dimakan.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 mangkuk isi petai
- 2 gengam ikan bilis
- 1 biji bawang besar, hiris kasar
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit pati air asam jawa, ATAU 1 keping asam gelugor
- 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
- 1 biji bawang besar, hiris membulat untuk taburan di akhir masakan
- 6 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
- 1 inci halia
- secubit belacan
- 1Goreng ikan bilis hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- 2Dalam minyak yang sama, tumis bawang besar (yang dihiris kasar) sehingga layu. Jangan tumis bawang terlalu lama kerana kita cuma mahukan bawang itu layu dan ia akan menambahkan rasa manis di dalam sambal bila dimasak nanti.
- 3Masukkan bahan kisar halus dan kacau perlahan sehinga sambal pecah minyak dan warna sambal bertukar menjadi merah gelap. Tambah sedikit air jika kering.
- 4Masukkan pula air asam jawa dan sos tiram.
- 5Masukkan ikan bilis goreng, isi petai dan gula secukup rasa.
- 6Sebelum angkat, taburkan dan kacau sekejap hirisan bawang besar yang dihiris membulat jika anda suka.
- •Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan kisar halus hendaklah dimasak di dalam minyak yang agak banyak sehingga sambal pecah minyak. Dengan cara ini, sambal akan masak dengan sempurna, wangi serta tahan lama. Anda boleh buang lebihan minyak selepas sambal sudah masak nanti.
- •Che Nom tidak masukkan garam dalam sambal kerana ikan bilis dan sos tiram sudah masin rasanya. Boleh rasa dahulu kuah sambal sebelum masukkan garam mengikut citarasa anda.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Sambal Hijau Bilis Petai
Resepi kali ni, khas untuk peminat petai. Jom kita masak Sambal Hijau Bilis Petai. Che Nom dan suami memang suka sangat ...
Diterbitkan pada 1 Januari 2024

Sambal Ikan Bilis Petai
Resepi Sambal Ikan Bilis Petai, resepi yang tak asing lagi di kalangan masyarakat melayu, ikan bilis untuk sambal petai ...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Sambal Tumis Sotong dan Petai
Sambal Tumis Sotong Petai yang kaedah ialah dengan masak sotong tanpa minyak dahulu sehingga keluar airnya supaya sambal...
Diterbitkan pada 23 September 2018

Sambal Tumis Udang Petai
Resepi Sambal Tumis Udang dan Petai, hidangan yang cukup membuka selera terutamanya buat penggemar ulam petai. Walaupun ...
Diterbitkan pada 16 Disember 2016
Resepi Terbaru

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...