Resepi Sambal Ijo
Sambal ijo ala rumah Padang ni pekat, pedas dan padu, warna hijau pun kekal cantik. Che Nom masak banyak-banyak siap boleh botolkan, sedap makan dengan nasi panas atau ayam goreng.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Sambal Ijo
- 450g cili padi hijau
- 150g cili besar hijau
- 1-2 biji tomato hijau
- 30g ikan bilis
- 2-3 cwn minyak masak
- 2-3 biji bawang merah kecil
- 1 biji bawang holland
- 5 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
- 1 sb serbuk seasoning
- 4 helai daun limau purut
Cara Buat Sambal Ijo
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 bahagian · resepi untuk 48 bahagian
- Kalori
- 50 kcal
- Protein
- 0.5 g
- Karbohidrat
- 2 g
- Lemak
- 4.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 1 g
- Natrium:
- 130 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Dibahagi kepada 48 hidangan (~1 sudu besar, 12 hidangan sebalang)
- Minyak dikira 2 cawan, ~50% dimakan bersama sambal
- Garam secukup rasa dianggar 1.5 sudu kecil; serbuk perasa 1 sudu besar
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Pastikan air betul-betul mendidih sebelum rebus cili dan tomato.
- Kalau nak kurangkan pedas boleh kurangkan cili padi anggaran 400-350g dan lebihkan cili besar.
- Selepas rebus cili dan tomato, bilas atau rendam dalam air sejuk untuk hentikan proses pemanasan dan maintain warna hijau
- Untuk simpan sambal dalam suhu bilik boleh gunakan kaedah retort (masukkan dalam pressure cooker).
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak masak sambal, bukan sebarang sambal tapi sambal hijau atau sambal ijo ala-ala rumah Padang. Bagi Che nom sambal ni menarik sangat sebab warnanya hijaunya tu. Kita guna bahan-bahan yang bewarna hijau dan ada acara untuk kekalkan warnanya.
Che Nom masak banyak-banyak dan botolkan, senang nak makan dengan ayam goreng ke, dengan bilis petai atau makan dgn nasik panas cukup terbaik.
Resepi asal dari Chef Eddy Siswanto, Che Nom suka sangat tengok chef masak. Memang menjadi dan sedap sambal ijo ni, cuma apa yang berbeza dari resepi asal Che Nom tambah tomato aja. Hasilnya memang pekat, pedas dan padu. Anda kena cuba ye.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap









