Resepi Sambal Goreng Jawa
Sambal Goreng Jawa bersantan yang lemak pedas, penuh sayur dan protein dari tauhu, tempe serta fucuk. Sedap dimakan dengan nasi atau diratah macam tu saja.

Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Goreng Jawa
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Sambal Goreng Jawa
- 1Gaul sekata setiap bahan-bahan untuk goreng dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
- 2Panaskan minyak dan goreng kesemua bahan sehingga keperangan lalu angkat dan toskan minyak.
- 3Tumis bahan-bahan kisar halus sehingga garing dan pecah minyak.
- 4Masukkan serai dan kacau sehingga naik bau serai tersebut, Kemudian, masukkan bahan-bahan goreng, fucuk dan suhun serta sedikit air asam jawa.
- 5Masukkan kacang panjang yang dipotong 2 inci panjang, santan pekat, udang, garam, gula secukup rasa, cili merah.
- 6Masak sehingga udang kelihatan merah dan boleh ditambah lebih santan jika mahukan sedikit kuah dan berlemak.
- 7Kemudian, sambal goreng jawa siap dimasak dan boleh dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 6 hidangan
- Kalori
- 315 kcal
- Protein
- 17.5 g
- Karbohidrat
- 22 g
- Lemak
- 18 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 630 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; dianggar 6 sebagai lauk sayur.
- Resepi tidak senaraikan minyak walaupun tauhu, tempe, kentang dan fucuk perlu digoreng — dianggar 50 g minyak diserap keseluruhan.
- Fucuk (~40 g) dan suhun (~50 g kering) dianggarkan kerana tidak disukat.
- Santan dikira 100 ml versi kotak; ikan bilis dan garam menyumbang natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Cili merah boleh digantikan dengan cili kering jika mahu.
- Jika nak elakkan cepat basi, masak santan sekejap sebelum dimasukkan dalam sambal goreng jawa.
Video
Pengenalan
Sambal goreng jawa versi bersantan. Ramai follower bagitahu Che Nom kalau sambal goreng jawa versi ada santan ini, dipanggil juga Sambal Goreng Pengantin, betul ke?
Apa-apa pun, masakan ini memang sedap. Che Nom boleh makan meratah macam tu saja.
Bukan saja sedap tapi cukup berkhasiat sebab ada sayur, ada soya dalam bentuk tauhu, tempe dan fucuk… boleh juga tambah udang, daging, paru ataupun hati. Satu hidangan ini sahaja sudah cukup macam-macam ada didalamnya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









