Resepi Kobis Masak Lemak Putih
Kobis Masak Lemak Putih ala kampung yang ringkas tapi sedap berlemak. Che Nom letak ikan bilis, tapi boleh tukar udang kering/udang dan tambah tempe atau suhun ikut selera.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 biji kobis bulat, hiris kasar
- 1/2 batang karot, hiris nipis
- 1 ketul tauhu, potong kiub
- 1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 3 biji bawang merah, hiris nipis
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
- garam dan gula secukup rasa
Cara Buat Kobis Masak Lemak Putih
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan santan cair di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, bilis tumbuk, tauhu dan karot.
- 2Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
- 3Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Api mestilah perlahan.
- 4Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 420 kcal
- Protein
- 10.5 g
- Karbohidrat
- 16 g
- Lemak
- 37.5 g
- Serat:
- 4 g
- Gula:
- 4 g
- Natrium:
- 840 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1/2 biji kobis dianggar 500 g dan 1 genggam ikan bilis 25 g kering.
- Santan pekat 500 ml dikira ~197 kcal/100 ml, santan cair 500 ml ~70 kcal/100 ml.
- 'Garam dan gula secukup rasa' dianggar 1 sudu kecil setiap satu untuk seluruh periuk.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Tujuan santan cair dimasukkan dahulu dan santan pekat dimasukkan kemudian ialah supaya kuah masak lemak tidak berketul dan masak sekata di akhirnya. Jika santan pekat dimasak terlalu lama, kuah menjadi tidak elok dan sekata.
Pengenalan
Resepi Kobis Masak Lemak Putih, hidangan ala kampung yang ringkas tetapi sangat membuka selera.
Untuk resepi ini, Che Nom masukkan ikan bilis tetapi anda boleh gantikan dengan udang kering ataupun udang. Anda boleh mencuba ikut selera masing-masing. Boleh juga masukan tempe, kacang panjang atau suhun.
Kalau di kampung, masakan ni selalu dihidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan. Memang tak pernah jemu.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









