
Rendang Ayam Sedap
Resepi Rendang Ayam yang memang sangat sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit dan daun limau purut pula menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.
Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Di pasar ada jual santan segar yang sudah diperah pada harga yang berpatutan.
Che Nom masak rendang ini untuk dimakan bersama lemang yang dibeli dan kemudian bawa ke pejabat untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekerja. Memang ramai yang puji kesedapan rendang ini. Boleh juga dihidangkan bersama ketupat palas atau ketupat nasi pada sambutan hari Raya. Selamat mencuba.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 ekor ayam (saiz besar)
- 1 senduk cili kisar
- 1 mangkuk besar santan pekat
- 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
- 3 sudu besar kerisik
- 2 helai daun kunyit
- 2 helai daun limau purut
- garam dan gula secukup rasa
- 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
- 2 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- 1 biji bawang besar
- 8 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 3 ketul kunyit hidup
- 2 inci lengkuas
- 2 batang serai
- 1Bersihkan ayam dan toskan.
- 2Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
- 3Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
- 4Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
- 5Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- 6Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.
- •Jika anda takut ayam menjadi hancur, boleh keluarkan ayam yang sudah masak dan masak kuah sehingga menjadi pekat.
- •Untuk gula pula, boleh gunakan gula melaka sebagai ganti dan rasanya memang sangat sedap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Ungkep Ayam
Masakan jawa ini sangat mudah dimasak. Ia tidak memerlukan bahan-bahan yang susah. Rasanya lazat dan hampir menyamai mas...
Diterbitkan pada 19 Oktober 2016

Rendang Ayam
Resipi Rendang Ayam, sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah utara atau juga di sesetengah kawas...
Diterbitkan pada 12 Disember 2016

Rendang Ayam Aidilfitri ala Chef Wan
Resepi Rendang Ayam, resepi yang diadaptasi dari chef terkemuka kita iaitu Chef Wan. Hidangan yang sedap dimakan bersama...
Diterbitkan pada 1 Julai 2019

Rendang Ayam Dendang Perantau
Dalam resepi dulu, Che Nom gunakan semuanya bahan-bahan segar sebagai bahan ramuan utama. Contohnya seperti kunyit, len...
Diterbitkan pada 20 Ogos 2021

Rendang Ayam Cili Api Hijau
Rendang Ayam Cili Api hidangan yang lengkap dengan rasa berempah, berlemak dan pedas dari cili api fresh. Sesuai dimakan bersama lemang atau nasik impit, nak makan dengan nasi lemak pon sodap.
Diterbitkan pada 27 Jun 2024

Rendang Ayam Tumis Istimewa Hari Raya
Kali ni Che Nom nak share cara untuk masak rendang ayam yang cukup pekat, sedap, wangi dan sangat sesuai sangat untuk ki...
Diterbitkan pada 8 Julai 2022
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.