ResepiCheNom
Rendang Ayam Dendang Perantau
Ayam

Resepi Rendang Ayam Dendang Perantau

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 20 orang

Rendang ayam pekat dan padu dengan kisaran bahan segar serta 3 rempah kering disangai, memang naik bau dan rasa. Sedap dimakan dengan ketupat atau lemang.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 4 inci halia4 inci halia
  • 4 ketul kunyit hidup4 ketul kunyit hidup
  • 4 inci lengkuas4 inci lengkuas
  • 12-15 biji bawang merah kecil12-15 biji bawang merah kecil
  • 10 ulas bawang putih10 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah besar2 biji bawang merah besar
  • 5 batang serai5 batang serai
  • 8-10 tangkai cili padi8-10 tangkai cili padi
  • 30-35 biji cili kering30-35 biji cili kering
  • 7 biji buah keras7 biji buah keras

Bahan Untuk Rempah Sangai

  • 2 sudu besar biji ketumbar2 sudu besar biji ketumbar
  • 1½ sudu besar jintan putih1½ sudu besar jintan putih
  • 1½ sudu besar jintan manis1½ sudu besar jintan manis

Bahan Lain

  • 2 cawan minyak masak2 cawan minyak masak
  • Rempah 4 sekawanRempah 4 sekawan
  • 2 ekor ayam2 ekor ayam
  • 2 asam keping2 asam keping
  • 3-4 cawan santan cair3-4 cawan santan cair
  • 2-3 cawan santan pekat2-3 cawan santan pekat
  • 4-6 sudu besar kerisik4-6 sudu besar kerisik
  • 5-6 helai daun limau purut5-6 helai daun limau purut
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • 1-2 sudu kecil gula melaka1-2 sudu kecil gula melaka
  • 2 helai daun kunyit2 helai daun kunyit

Cara Buat Rendang Ayam Dendang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Rendang Ayam

  1. 1
    Sediakan bahan kisar halus dan sangai bahan-bahan rempah.
  2. 2
    Rempah yang disangai kemudian dikisar halus.
  3. 3
    Panaskan minyak lalu tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar halus. Tumis sehingga bahan kisar berubah menjadi sedikit gelap warnanya dan pecah minyak.
  4. 4
    Masukkan ayam, rempah kisar yang disangai, asam keping dan santan cair
  5. 5
    Masak sehingga ayam menjadi kecut, empuk dan kering airnya.
  6. 6
    Masukkan santan pekat, kerisik, daun limau purut yang dibuang tulang tengah, garam secukup rasa dan gula melaka/gula nisan.
  7. 7
    Teruskan masak rendang sehingga kuah menjadi agak kering
  8. 8
    Selepas kuah kering, taburkan hirisan halus daun kunyit.
  9. 9
    Kemudian, rendang ayam dendang perantau siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Rebus cili kering sehingga agak layu sebelum dikisar.
  • Buang tulang tengah daun kunyit dan hiris daun secara halus.
  • Santan cair adalah santan segar perahan yang kedua manakala santan pekat adalah santan segar perahan pertama. Jika menggunakan santan kotak, boleh dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan sebagai santan cair.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Kurangkan mengacau rendang ketika masak bagi mengelakkan ayam hancur.
Video
Pengenalan

Dalam resepi dulu, Che Nom gunakan semuanya bahan-bahan segar sebagai bahan ramuan utama. Contohnya seperti kunyit, lengkuas, serai, halia dan lain-lain lagi dan kali ni Che Nom tambah 3 jenis rempah kering yang disangai dan dikisar halus supaya lebih sedap, lebih harum beraroma.

Bila kita sangai atau goreng kering,akan keluar minyak semulajadi, naik bau dan juga rasa rempah tu. Bahan-bahan lain sama saja, yang hasilnya nanti, kuah rendang ayam yang pekat dan terbaik bila makan bersama ketupat ataupun lemang.

Diterbitkan pada 20 Ogos 20218.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru