Resepi Rendang Ayam Aidilfitri Ala Chef Wan
Rendang ayam Aidilfitri ala Chef Wan yang pekat berlemak dan wangi rempah, sedap ganding dengan lemang, ketupat atau pulut kuning. Masak tumis sampai pecah minyak.

Bahan-bahan
Cara Buat Rendang Ayam Aidilfitri
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Kisar bahan-bahan untuk kisar halus, dan ketepikan
- 2Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak,dan naik bau.
- 3Masukkan cili kisar dan daun limau purut yang dicarikkan.
- 4Masak lagi sehingga warna berubah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
- 5Masukkan pula ayam, dan masak sehingga ayam kecut.
- 6Masukkan pati santan, asam gelugur, dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat.
- 7Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- 8Tabur dengan hirisan daun kunyit.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang
- Kalori
- 405 kcal
- Protein
- 16.5 g
- Karbohidrat
- 12 g
- Lemak
- 32 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 4.5 g
- Natrium:
- 540 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 ekor ayam dianggar 1.2 kg bertulang, 70% isi berkulit boleh dimakan.
- '1 1/2 biji perahan pati santan' dianggar 375 ml santan pekat.
- Minyak menumis tidak disenaraikan; 2 sudu besar diandaikan kerana santan sudah kaya lemak.
- Garam dan gula secukup rasa dianggar 2 sudu kecil garam dan 2 sudu besar gula.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk rendang, boleh juga kalau kita nak gunakan ayam tua atau ayam pencen kerana teksturnya yang kenyal dan tak mudah hancur.
- Untuk kerisik pula, pastikan guna kerisik yang segar dan tidak berbau supaya tidak merosakkan rasa rendang kita.
Video
Pengenalan
Resepi Rendang Ayam, resepi yang diadaptasi dari chef terkemuka kita iaitu Chef Wan. Hidangan yang sedap dimakan bersama lemang, ketupat ataupun juga pulut kuning.
Untuk resepi ni Che Nom gunakan cara menumis dalam minyak kerana dapat membangkitkan aroma rempah yang digoreng, tetapi anda boleh juga gunakan kaedah memasak rendang tanpa menumis, iaitu masuk kesemua bahan dalam kuali dan masak dengan perlahan2 sehingga masak dan pecah minyak.
Tiada bahan rempah tumis (kayu manis, pelaga, bunga lawang, binga cengkih) digunakan dalam resepi ini dan rendang ini lebih kepada cara masak orang minang. Rasanya memang sangat sedap.Boleh rujuk kepada You Tube video di bawah untuk penerangan lengkap.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









