Resepi Rendang Ayam Tumis Istimewa Hari Raya
Rendang ayam tumis pekat, wangi dan sedap, memang ngam untuk ketupat atau lemang Hari Raya. Rahsia dia rempah kering disangai, reneh perlahan sampai pecah minyak.

Bahan-bahan
Cara Buat Rendang Ayam Tumis
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Rendang Ayam Raya
- 1Sediakan bahan-bahan kisar halus. Kisar halus kesemua bahan dengan air secukupnya.
- 2Sangai bahan-bahan rempah sehingga naik bau.
- 3Kisar halus kesemua bahan sangai.
- 4Panaskan minyak, lalu tumis bahan empat sekawan dan masukkan bahan kisar halus. Tumis sehingga warna bertukar sedikit gelap dan pecah minyak.
- 5Masukkan ayam, rempah kisar, asam keping dan santan cair. Masak sehingga ayam kecut dan menjadi kering air.
- 6Masukkan santan pekat, kerisik, daun limau purut, garam secukup rasa, gula melaka atau gula nisan. Masak sehingga kuah menjadi agak kering.
- 7Kemudian, Ayam Rendang Ayam siap untuk dihidang bersama lemang atau ketupat.
- 8Taburkan dengan hirisan nipis daun kunyit.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 20 orang
- Kalori
- 540 kcal
- Protein
- 20 g
- Karbohidrat
- 11 g
- Lemak
- 45.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 1.5 g
- Natrium:
- 470 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 2 ekor ayam dianggar 2.8 kg bertulang, 70% isi boleh dimakan berkulit.
- 2 cawan minyak masak dikira kekal sepenuhnya dalam rendang.
- Santan cair 3.5 cawan dan santan pekat 2.5 cawan digunakan sebagai purata julat.
- Garam secukup rasa dianggar 4 sudu kecil untuk 2 ekor ayam.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Pilih kerisik yang masih elok dan tidak berbau hapak kerana kerisik adalah antara bahan yang penting untuk rasa rendang ayam yang sedap.
- Santan cair adalah santan perahan yang kedua manakala santan pekat adalah perahan yang pertama. Jika menggunakan santan kotak, tambah air supaya menjadi santan cair.
- Elakkan mengacau rendang ayam terlalu kerap bagi menggelakkan ayam hancur ketika dimasak.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share cara untuk masak rendang ayam yang cukup pekat, sedap, wangi dan sangat sesuai sangat untuk kita hidang bersama dengan ketupat ataupun lemang di hari raya. Rendang ni Che Nom masak dengan cara menumis dan reneh dengan api yang perlahan sampai masak pecah minyak.
Bahan special untuk sedapkan lagi rasa tu ialah rempah kering yang disangai. Kenapa kita sangai, sebab nak naikan aroma rempah, jadi lebih aromatik lah bau rendang. Boleh bau sampai ke 2-3 buah rumah jiran sebelah.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









