ResepiCheNom
Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah

Resepi Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah

Prep 15 minMasak 25 minJumlah 40 min

Pajeri terung mudah tapi padu, kuah pekat berempah dengan lemak dan manis secukup rasa. Wajib ada kerisik serta udang kering atau ikan bilis, baru naik seri pajeri.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Pajeri Terung

  • 2-3 biji bawang merah kecil2-3 biji bawang merah kecil
  • 3-4 ulas bawang putih3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 genggam ikan bilis1 genggam ikan bilis
  • Sedikit airSedikit air
  • 3 sudu besar rempah daging3 sudu besar rempah daging
  • 3-4 biji terung panjang3-4 biji terung panjang
  • 1/2 cawan minyak masak1/2 cawan minyak masak
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih)Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih)
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 2 cawan santan cair2 cawan santan cair
  • gula secukup rasagula secukup rasa
  • 2-3 sudu besar kerisik2-3 sudu besar kerisik
  • 1/2 cawan santan pekat1/2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Nota : Kalau guna santan kotak, cuma guna ½ kotak sahaja dan campur airNota : Kalau guna santan kotak, cuma guna ½ kotak sahaja dan campur air

Cara Buat Pajeri Terung

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Pajeri Terung

  1. 1
    Kisar halus bawang merah kecil, bawang putih, halia dan ikan bilis kering atau udang kering bersama air.
  2. 2
    Bancuh rempah daging dan rempah kari ikan dengan sedikit air.
  3. 3
    Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus, rempah empat sekawan, daun kari dan bancuhan rempah. Masak sehingga bahan pecah minyak.
  4. 4
    Tambah sedikit air setelah kuah kelihatan kering, pekat dan pecah minyak. Ulang minimum 3 kali memasak dengan menambah air pada bahan rempah sehingga ia betul-betul masak.
  5. 5
    Masukkan santan cair dan gaul.
  6. 6
    Masukkan terung dan masak sehingga terung menjadi lembut dan kuah menjadi pekat.
  7. 7
    Kemudian, masukkan gula secukup rasa, santan pekat yang diletak sedikit demi sedikit dan kerisik. Tambah garam secukup rasa.
  8. 8
    Teruskan memasak sehingga terung lembut dan kuah masak sempurna, lalu pajeri terung sedap kuah pekat berempah siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Rempah boleh digabungkan bersama rempah kari ikan dan kari daging, atau menggunakan rempah kari daging sahaja.
  • Jika menggunakan santan perahan sendiri, perahan yang kedua adalah santan cair manakala perahan pertama adalah santan pekat.
  • Jika menggunakan santan kotak, boleh ditambah air dahulu atau tambah santan sedikit sampur dengan air.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Pastikan rasa dahulu masakan sebelum ditambah garam, kerana takut terlebih masin akibat ikan bilis yang sudah masin.
Video
Pengenalan

Pajeri Terung, resepi yang mudah tapi cukup menambahkan selera.

Rahsia kesedapan pajeri terung ini adalah pada beberapa bahan yang digunakan dan cara memasak yang teliti.

Kuahnya perlulah pekat berempah, dan tidak terlalu berlemak serta manis secukup rasa. Bahan yang wajib ada mestilah kerisik dan udang kering ataupun ikan bilis, kerana dua bahan inilah yang membezakan pajeri dari masakan kari yang biasa.

Diterbitkan pada 3 April 202119.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru