ResepiCheNom
Bihun Goreng Siam

Resepi Bihun Goreng Siam

Prep 50 minMasak 20 minJumlah 1 jam 10 minHidangan 1 orang

Bihun Goreng Siam versi klasik, simple tapi padu dengan taucu, udang kering dan air asam jawa. Tak perlu kicap atau sos, cukup seimbangkan manis, masin dan pedas.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar

  • 1 biji bawang merah besar1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu besar taucu (masin)1 sudu besar taucu (masin)
  • Sedikit minyak masakSedikit minyak masak

Bahan Lain

  • 1/4 cawan minyak masak1/4 cawan minyak masak
  • ½ cawan minyak masak½ cawan minyak masak
  • 3 sudu besar cili kisar3 sudu besar cili kisar
  • 1 ketul isi ayam1 ketul isi ayam
  • 2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tiram
  • Batang sawiBatang sawi
  • Bebola ikanBebola ikan
  • 4-5 sudu besar air asam jawa4-5 sudu besar air asam jawa
  • 400g /1 bungkus bihun400g /1 bungkus bihun
  • Sedikit airSedikit air
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Gula secukup rasa (anggaran 1 sudu besar)Gula secukup rasa (anggaran 1 sudu besar)
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Daun sawiDaun sawi

Bahan Untuk Taburan

  • 2 ketul tauhu2 ketul tauhu
  • Daun bawangDaun bawang
  • 2 biji cili merah2 biji cili merah
  • 2 biji telur rebus2 biji telur rebus

Cara Buat Bihun Goreng Siam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Bihun Goreng Siam

  1. 1
    Gaul sekata tauhu bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. 2
    Goreng tauhu sehingga garing kedua belah bahagian.
  3. 3
    Kisar halus bahan-bahan tumis.
  4. 4
    Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus sehingga garing dan naik bau.
  5. 5
    Masukkan cili kisar, isi ayam, sos tiram, batang sawi, sedikit garam, bebola ikan, dan air asam jawa.
  6. 6
    Masukkan bihun yang telah direndam selama jam dan kacau sehingga bihun lembut.
  7. 7
    Tambah air sedikit demi sediki serta garam, gula, serbuk pati ayam (pilihan) dan daun sawi. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  8. 8
    Masukkan taugeh, gaul dan tutup api.
  9. 9
    Kemudian, hidangkan dengan hiasan tauhu goreng, taburan daun bawang dan hirisan cili merah serta telur rebus.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Kali ni, jom kita masak menu yang simple saja, tapi cukup sedap dan cara masakan pun seakan-akan nenek atau mak-mak dulu iaitu Bihun Goreng siam. Bihun goreng ni agak berbeza dengan resepi bihun yang pernah di kongsi sebelum ni.

Bagi Che Nom, bahan utama untuk hasilkan bihun goreng siam ialah yang pertama, taucu, iaitu soya masin yang diperap, memang unik rasanya. Kedua, udang kering untuk rasa seafood yang sedap dalam masakan, dan air asam jawa sebagai bahan untuk seimbangkan rasa.

Resepi ni juga tak perlu diletakkan sos cili atau tomato, kicap pun tak ada letak. Cuma keseimbangan tu datang dari bahan-bahan yang disebut tadi dan juga kepandaian kita seimbangkan rasa gula dan garam, juga rasa pedas dari cili kisar yang dimasak dalam tumisan.

Memang cara orang lama atau cara klasik untuk masak bihun goreng yang sangat sedap.

Diterbitkan pada 18 Disember 202125K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru