
Maggi Goreng Basah
Menu kali ini, menu mesra orang bujang, menu lapar di malam hari, atau bila taktau nk masak apa, Che Nom nak share resepi Maggi Goreng Basah. Mee maggi yang kering kita celur sekejap cukup sekadar terlerai, tak perlu lembut sangat.
Kemudian kita goreng maggi dengan bahan-bahan tumisan, macam ayam dan seafood dan juga sayur yang dimasak sedikit berkuah baru lah nanti jadi maggi goreng basah. Bahan-bahan dalam video ni kalau rasa banyk sangat boleh aja adjust ikut citarasa masing-masing. Boleh kurangkan bahan, atau tambah mana yang anda suka.
Yang penting sekali, maggi perlu dimasukkan saat akhir supaya tidak terlalu kembang jadinyadan tak cepat sangat serap kuah bila makan. Ada rasa kuah basah-basah sikit tu , perah pula dengan limau nipis bila makan, memang terbaik.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 bungkus mee segera Kari
- 3 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 1 ½ sudu besar cili kisar
- 1 ketul isi ayam
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 6-8 ekor udang
- Sayur sawi
- Sedikit kubis cina
- 1-2 cawan air
- Kicap secukup rasa
- 1 biji tomato
- 4 tangkai cili padi
- Daun bawang
- Limau nipis
- 1Potong bawang putih, tomato, sayur sawi (asingkan batang dan daun), cili padi, kubis cina, daun bawang dan isi ayam.
- 2Celur maggi dalam air mendidih sekejap (agak-agak lembut terlerai). Kemudian bilas dengan air sejuk (untuk stop proses masak).
- 3Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
- 4Bila bawang naik bau, masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
- 5Masukkan isi ayam, serbuk lada putih dan kacau separuh masak
- 6Masuk sos cili, sos tomato dan sos tiram.
- 7Masukkan batang sawi dan kubis (bahagian keras).
- 8Masukkan udang (pilihan) dan serbuk perencah maggi.
- 9Tuang air, kicap pekat manis dan maggi yang dah celur tadi.
- 10Masukkan tomato, daun sawi dan daun kubis cina.
- 11Boleh adjust dengan air, kicap dan garam.
- 12Masukkan cili padi.
- 13Hidang dengan taburan daun bawang dan limau nipis
- •Bilas maggi dengan air sejuk selepas celur (untuk stop proses masak) supaya maggi tak terlalu kembang bila goreng.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.
Kali ini, Che Nom nak sediakan menu ringkas, menu comfort food, iaitu Bihun sup ala Restoran Thai, dipadankan pula denga...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor yang sudah lama Che Nom teringin sangat nak kongsi resepinya di laman ini. Tapi sebelum tu mungkin a...
Diterbitkan pada 2 Ogos 2016

Mee Goreng Daging Ala Mamak
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsikan cara untuk masak Mee Goreng Daging ala Mamak versi sempoi atau express. Kenapa s...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Mi Kari Ayam
Kali Che Nom nak share resepi Mi Kari Ayam. Biasa mee kari ada seafood fresh sekali kan. Resepi ni memang tak ada letak ...
Diterbitkan pada 1 Januari 2024

Mee Goreng Daging Basah
Menu daging kali ini iaitu mee goreng daging versi basah. Cara dalam resepi ini, Che Nom rebus dulu daging sampai lembut...
Diterbitkan pada 25 Julai 2022
Rahsia Char Kuey Teow Padu Terbongkar
Kali ni Che Nom nak share cara masak Char Kuey Teow versi berkuah/basah macam yang biasa dimasak kat gerai-gerai Melayu ...
Diterbitkan pada 18 April 2020
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!