
Resepi Lala Masak Pedas
Lala Masak Pedas ala Thai ni pedas menyengat dengan cili api dan cili merah segar, memang buat teringat suasana makan di Kg Baru.
Bahan-bahan
Cara Buat Lala Masak Pedas
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Basuh lala dan rendam seketika untuk keluarkan sisa kotor. Bilas dengan air dan toskan.
- 2Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi.
- 3Masukkan serai, sos tiram, sos ikan dan air asam jawa.
- 4Masukkan lala dan limau purut, kacau bersama baham tumis dengan sekata. Tambahkan sedikit air supaya berkuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedap jika dilebihkan sedikit gula.
- 5Angkat dan taburkan daun ketumbar.
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Lala Masak Pedas ni sangat mengingatkan Che Nom kepada Kg Baru, Kuala Lumpur. Kami sekeluarga selalu ke sana di hujung minggu untuk makan hidangan ala Thai di sana.
Selalunya lauk lala masak pedas ni pasti dipesan dalam menu.
Dalam resepi ini Che Nom tak gunakan cili kering, tetapi cili api dan cili merah fresh kerana masakan Thai memang mengunakan cili fresh sebagai bahan utama dan bukan cili kering. Tetapi boleh juga jika anda nak gantikan bersama cili kering atau cili kisar.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









