Resepi Ayam Sos Tiram
Ayam Sos Tiram pedas yang padu, kuah pekat berkilat memang buat nasi laju habis. Cara masak pun lain sikit dari biasa, tapi senang dan sedap terangkat.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 400g ayam
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap manis
- 1/2 cawan minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang holland
- 6-10 biji cili padi
- 1 pokok daun bawang
- 1 1/2 sudu besar sos tiram
- sedikit lada sulah
- 1/2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air
- air tambahan, untuk kuah
Cara Buat Ayam Sos Tiram
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong bawang putih (cincang kasar), bawang holand, cili padi dan daun bawang.
- 2Perap ayam dengan tepung jagung, sos tiram dan kicap cair.
- 3Perap dalam anggaran masa 10 minit.
- 4Panaskan miyak kemudian tumis bawang holand kemudian bawang putih.
- 5Bila bawang putih dah perang dan bawang holand dah lembut, angkat dan ketepikan.
- 6Dalam minyak yang sama, goreng ayam.
- 7Bila ayam sedikit garing, masukkan sos tiram, lada sulah dan air.
- 8Bila ayam dah hampir masak, masukkan cili padi, kicap manis dan daun bawang.
- 9Tambah air bancuhan tepung jagung.
- 10Tambah garam dan gula secukup rasa.
- 11Masukkan balik bawang goreng tadi dan kacau sekata.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 330 kcal
- Protein
- 14 g
- Karbohidrat
- 11 g
- Lemak
- 25 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 5.5 g
- Natrium:
- 850 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 400 g ayam dikira ~300 g isi boleh dimakan dengan kulit.
- 1/2 cawan minyak untuk menggoreng; hanya ~30 g serapan tambah ~25 g kekal dalam kuah dikira.
- Sos tiram (jumlah 2 1/2 sudu besar) dan kicap adalah punca utama natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Bawang perlulah diangkat selepas ditumis. Tujuan supaya ayam lebih garing bila digoreng berasingan.
Video
Pengenalan
Hi Semua, Che Nom nak share satu resepi buat penggemar lauk ayam, boleh cuba resepi ayam Masak sos Tiram pedas, yang confirm makan nasik menambah-nambah.
Cara penyediaannya pun ada sikit berbeza dari biasa, dan rasanya sangat sedap.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









