Ketam Masak Cili

Kali Ketam Masak CIli versi kegemaran Che Nom. Sapa suka makan ketam wajib cuba resepi ni. Kuahnya dimasak menggunakan 2 jenis cili, ditumis dengan sedikit daun kari dan rempah kari untuk bangkitkan aroma. Che Nom guna ketam nipah.

Biasanya ketam digoreng tapi Che Nom lebih suka guna kaedah kukus sebelum kita gaul dengan kuah bercili yang dimasak pekat menggunakan Susu Isian Sejat F&N. hasil kuah tu memang pekat berlemak dan bersalut elok bila kita gaul dengan ketam. Antara menu terbaik untuk berbuka puasa.

Masakan jadi extra berkrim dan beraroma. Susu Isian Sejat F&N ni tanpa kolesterol dan asid lemak trans, memang pilihan yang lebih sihat untuk orang tersayang.

Lebih banyak resepi berbuka, boleh tengok dekat website F&N https://my.fnlife.com/fn-140-years-recipe-ebook

Bahan-bahan:

  • 6 tangkai cili merah
  • 8 tangkai cili padi
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • Air (untuk kisar)
  • 3 ekor ketam nipah
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sk penuh serbuk kari ikan
  • Air secukupnya (untuk kuah)
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • Garam secukup rasa
  • 1 sb gula
  • 1/2 tin Susu Isian Sejat F&N
  • Sedikit perahan jus limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Potong kasar cili merah besar, cili padi, bawang merah kecil, bawang putih, halia dan serai.
  2. Kisar halus semua bahan potong tadi dengan sedikit air.
  3. Untuk cuci ketam nipah, pertama buang bahagian perut, misai dan trim kaki yang tajam.
  4. Kedua tarik keluar bahagian penyepit, cengkarang badan dan insang. Kalau ada telur, jangan basuh atau buang. Kaut masuk dalam cengkerang tadi.
  5. Potong ketam kepada 2-4 bahagian. Penyepit ketuk bagi retak (supaya senang makan).
  6. Basuh ketam dan kukus 10 minit atas api besar.
  7. Panaskan minyak dan tumis daun kari sampai naik bau.
  8. Masukkan bahan kisar, serbuk kari ikan, sedikit air, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tumis sampai naik minyak.
  9. Boleh perasakan dengan garam, gula, air rebusan ketam dan Susu Isian Sejat F&N.
  10. Bila kuah dan mendidih, masukkan ketam kukus dan sedikit jus limau nipis.
  11. Tabur daun kari goreng untuk hiasan dan sedia untuk dihidang.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: