Maklumat Resepi

Kek Majerin

Kek Majerin

Siapa macam Che Nom yang suka makan kek-kek old school, kek klasik yang simple-simple je, haa kek macam ni memang tak muak dan tak mudah jemu. Jom tengok Che Nom nak share resepi kek majerin klasik, klasik ke Haa ye lahh, kalau raya dulu-dulu kan kek ni lah yang kita cari. Sekarang ni nama-nama kek semua tergeliat lidah nak sebutnyaa.

Resepi kek majerin ni ala-ala pound cake tapi hasilnya lembut aja, halus gebu tanpa ovalette dan tanpa guna tepung kek, method pon kita guna cara klasik, iaitu kita cream kan gula dengan majerin sampai kembang ha barulah kita tambah bahan-bahan lain macam telur, tepung, susu. Kalau kena cara bakar dan kawalan suhu, kita akan dapat kek yang naik sekata. Sedap tau kek ni kalau buat makan petang atau boleh buat meniaga juga.

Bahan-bahan:

  • 250g majerin
  • 230g gula
  • 250g tepung gandum
  • 2 sk serbuk penaik
  • 4 biji telur
  • 80ml susu full cream
  • 1 1/2 sk esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Lembutkan majerin suhu bilik sebelum adun.
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  3. Gris Loyang (saiz 9x9 inci) dengan majerin dan lapik dengan kertas baking.
  4. Pukul majerin sampai kurang sejuk dan lembut.
  5. Masukkan gula dan pukul sampai kembang dan jadi warna kuning pucat.
  6. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pastikan telur sebati sebelum masukkan telur seterusnya.
  7. Masukkan esen vanila.
  8. Kemudian masukkan bahan ayak dan susu full cream berselang seli (masuk sedikit demi sedikit).
  9. Bila adunan dah sebati boleh stop dan pindah masuk dalam loyang. Ratakan adunan dan hentak 2-3 kali untuk pecahkan bubbles.
  10. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit.
  11. Sejukkan kek sebelum potong.

Tip:

  • Kalau nak kek yang lebih tinggi, boleh guna loyang 8x8 inci.
  • Masa mixing (stand mixer/hand mixer) kaub balik sekali dua adunan yang didasar mangkuk untuk pastikan adunan bergaul sekata.
  • Selepas masukkan telur jangan pukul lama-lama sebab nanti kek boleh terlebih kembang masa bakar dan mendap semula selepas keluar dari oven.
  • Jangan pukul kek lama-lama selepas masukkan tepung sebab protein dalam tepung akan hasilkan glutein, glutein ni akan menyebabkan kek keras.
  • Pastikan bahan-bahan semua suhu bilik.
  • Untuk tentukan kek dah masak ke belum, cucuk tengah kek dengan bilah, kalau bersih dan tak melekat-lekat maksudnya kek dah masak.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: