Resepi New York Cheesecake
Cheesecake yang creamy dan lembut ni memang best untuk minum petang! Walaupun terkenal sebagai dessert yang mahal, resepi ni senang je nak buat dekat rumah kalau dah tahu teknik yang betul. Perfect untuk special occasion atau just nak enjoy dengan secawan kopi.

Bahan-bahan
Cara Buat New York Cheesecake
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Lapik loyang springform (saiz 9 inci) dengan kertas pembakar di bahagian bawah dan tepi. Gris nipis dengan mentega.
- 2Hancurkan biskut Digestive hingga halus. Campurkan dengan mentega cair dan gula kastor. Ratakan di dasar loyang dan tekan supaya padat. Simpan dalam peti sejuk.
- 3Pukul cream cheese (suhu bilik) dengan paddle attachment hingga lembut. Masukkan gula kastor, pukul hingga sebati. Ayak tepung gandum dan masukkan sedikit-sedikit.
- 4Masukkan telur dan kuning telur satu persatu pada kelajuan rendah. Akhir sekali, masukkan krim masam, ekstrak vanila dan jus lemon. Tapis adunan untuk tekstur lebih halus.
- 5Tuang adunan ke dalam loyang. Balut bahagian bawah loyang dengan kerajang aluminium. Ketuk perlahan untuk keluarkan gelembung udara.
- 6Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Letakkan loyang dalam dulang besar. Tuang air panas (waterbath) setinggi 1 inci.
- 7Bakar selama 1 jam 15 minit atau hingga bahagian tepi set tetapi tengah masih bergegar bila digoncang.
- 8Matikan ketuhar dan biarkan pintu terbuka sedikit selama 1 jam. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 potong · resepi untuk 12 potong
- Kalori
- 610 kcal
- Protein
- 9.5 g
- Karbohidrat
- 43 g
- Lemak
- 44.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 30 g
- Natrium:
- 370 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Sukatan gram dalam resepi digunakan terus; 12 potong seperti dinyatakan.
- Cream cheese 1 kg menyumbang ~47% kalori.
- Biskut Digestive 200 g dikira ~480 kcal/100 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 100g mentega, dicairkan bersamaan berapa cawan?
- ± ¼ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
- 2 sudu besar gula kastor bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 25g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Keluarkan kek dari peti sejuk 30 minit sebelum dihidang
- Biarkan kek dalam peti sejuk tanpa tutup 6-8 jam sebelum balut dengan plastik pembungkus
- Pastikan semua bahan untuk isian keju berada pada suhu bilik untuk hasil yang lebih baik
- Biskut Digestive lebih sedap dari biskut Marie sebab teksturnya lebih kasar dan ada rasa rempah
- Kaedah waterbath penting untuk elakkan kek merekah dan dapat tekstur yang lembut
- Untuk potongan kemas, celup pisau dalam air panas dan lap kering setiap kali memotong
- Boleh hidang dengan sos strawberi atau blueberry untuk rasa tambahan
- Kek boleh tahan sehingga seminggu dalam peti sejuk
Pengenalan
Assalamualaikum semua! Hari ni Che Nom nak share resepi New York Cheecake yang memang sangat sedap. Pergh, confirm tak percaya boleh buat sendiri dekat rumah sebab rasanya macam dessert mahal yang jual dekat cafe famous macam Starbucks dan Coffee Bean, Teksturnya super creamy, lembut dan moist, perfect untuk minum petang dengan kopi panas.
Che Nom selalu buat ni kalau ada special occasion, tapi actually boleh buat bila-bila je sebab bahan-bahan semua senang nak dapat. Ramai yang takut nak try sebab ingat susah, tapi sebenarnya senang je kalau ikut step yang betul. Okay, jom Che Nom share cara-cara yang penting untuk dapatkan tekstur yang perfect macam beli dekat kedai!
Maklumat tambahan: Masa menunggu: 8-10 jam (termasuk overnight chilling)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









