Resepi Kek Coklat Moist Moist Ketagih Viral
Kek coklat moist viral yang lembab dan kaya rasa, siap dengan ganache coklat silky smooth di atas. Bakar atau kukus pun jadi, potong kecil dan tabur coklat flakes memang padu.

Bahan-bahan
Cara Buat Kek Coklat
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 25 biji
- Kalori
- 325 kcal
- Protein
- 5 g
- Karbohidrat
- 33.5 g
- Lemak
- 20 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 22 g
- Natrium:
- 100 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Coklat masakan 500 g (150 g dalam kek + 350 g ganache) dan 320 ml krim putar adalah punca utama lemak.
- Sukatan gram/ml dalam resepi digunakan terus; coklat flakes hiasan ~30 g.
- Dibahagi kepada 25 keping.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 tin / 390g susu cair bersamaan berapa cawan?
- ± 1 ½ cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
- 1 cwn / 150g coklat masakan bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Serbuk koko selalunya berketul jadi penting untuk ayak dulu.
- Masak coklat dan susu sejat cukup setakat suam dan naik wap je, jangan masak sampai mendidih, kita tak nak coklat rosak atau susu berketul.
- Kacau adunan kering seeloknya masuk sedikit demi sedikit dan mula kacau dari tengah.
- Kek Che Nom masih basah ditengah dan atas lepas 45 minit, jadi Che Nom bukak penutup dan sambung kukus lagi 10-15 minit.
- Tips potong kek kemas, celup pisau dalam air panas kemudian lap kering setiap kali potong.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi kek yang viral iaitu kek coklat moist bikin ketagih. Kek ni sebenarnya kek coklat moist yang dikukus atau dibakar, dan kita hias dengan lapisan coklat ganache di atasnya. Cuma versi viral ni kek dibakar dalam loyang petak besar, dan kita potong kecil sebelum hias dengan coklat flakes. Simple tapi menarik.
Video ni ada beberapa bahagian penting iaitu penerangan bahan-bahan, penyediaan adunan basah dan kering, serta cara lengkap untuk hasilkan kek coklat versi kukus dan cara sediakan ganache yang betul. Jangan skip ye kalau anda baru nak belajar.
Hasilnya kek coklat yang lembab dgn gabungan coklat ganache yang silky smooth memang cukup sedap, cukup premium rasanya. Boleh buat berniaga.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap









