
Resepi Kek Gula Hangus
Kek gula hangus klasik yang gebu dan bersarang cantik, dengan rasa karamel wangi dari gula yang dimasak perang. Sedap dimakan begitu saja, memang tak cepat muak.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 125 g mentega, cairkan
- 1 sudu besar soda bikarbonat
- 1 cawan tepung
Cara Buat Kek Gula Hangus
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Cairkan gula pasir di atas api perlahan dan biarkan gula masak sehingga keperangan.
- 2Apabila gula sudah cair keperangan sepenuhnya, tuang air panas sedikit demi sedikit dan biarkan sejuk.
- 3Pukul telur bersama susu pekat dan mentega yang sudah dicairkan.
- 4Ayak soda bikarbonat ke dalam adunan dan kacau sebati. Jangan ayak sekali bersama tepung
- 5Kemudian ayak pula tepung gandum dan kacau sehingga adunan tidak berketul. Tuang air gula karamel tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau sebati.
- 6Tuang ke dalam loyang dan rehatkan selama minimum 1 jam.
- 7Bakar selama 20-25 minit pada suhu 160ºC.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cawan gula pasir bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 200g (cawan US 240ml).
- 1 cawan air panas bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Kek Gula Hangus atau juga dikenali sebagai Kek Sarang Semut kerana rupa dan tekstur nya yang berlubang-lubang. Kek ni boleh dikatakan kek klasik yang menjadi kegemaran ramai sejak dahulu lagi. Rasanya pun sangat sedap dan tidak mudah berasa muak jika dimakan.
Bahan utama kek gula hangus ialah gula putih yang dimasak sehingga menjadi warna perang atau karamel, transformasi rasa dari gula putih kepada karamel yang menjadikan kek ini sangat sedap.
Sila rujuk bahagian tips untuk cara-cara memasak gula karamel.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









