Resepi Kek Pandan Gula Melaka
Kek Pandan Gula Melaka versi kukus yang moist dan lembut. Dihias pulak dengan toping lemak berkrim dan sirap gula melaka yang manis dan berlemak wangi. Sesuai dimakan sejuk-sejuk sambil minum kopi.

Bahan-bahan
Cara Buat Kek Pandan Gula Melaka
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 5 biji
- Kalori
- 1200 kcal
- Protein
- 15 g
- Karbohidrat
- 119.5 g
- Lemak
- 73.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 89.5 g
- Natrium:
- 480 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 keping = 1 bekas aluminium 3x7 inci (resepi guna 5 bekas), bukan sepotong nipis.
- Sukatan whipping cream untuk sos ditulis '1/4 cwn /240ml' yang bercanggah; dikira 60 ml.
- Krim keju 34% lemak dan whipping cream 35% lemak.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cwn /200g gula kastor bersamaan berapa cawan?
- ± 1 cawan (cawan US 240ml).
- 1 sb /20g ovalette bersamaan berapa sudu besar?
- ± 1 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Nak elak wap air jatuh masa kukus, boleh tutup dengan aluminium foil atau balut penutup dengan kain bersih.
- Bila kek dah masak, buka tudung pengukus dan biarkan kek sejuk perlahan-lahan, kalau keluarkan kek terus, nanti permukaan kek akan berkedut-kedut.
- Gris minyak banyak sikit, kalau sikit sangat nanti kek susah nak keluar.
- Untuk whipping cream mudah kental, pertama pastikkan whipping cream betul-betul sejuk sebelum pukul. Kedua guna mangkuk yang telah disejukkan dalam peti sejuk sebelum pukul atau letak mangkuk atas air ais.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom kembali lagi dengan resepi dessert yang bertemakan taste of tradition sempena menyambut hari Merdeka. Ha jom tengok macam mana nak buat Kek Pandan Gula Melaka versi kukus yang moist dan sangat lembut hasilnya tu. Kita hias pulak dengan toping lemak berkrim mengunakan Anchor Whipping Cream yang gerenti jadi. Mudah je nak buatnya.
Dan sebagai pelengkap hiasan ha mestilah kena ada Sirap Gula Melaka yang manis, pekat dan berlemak wangi. Kek ni cukup sesuailah siapa-siapa nak cuba bergotong royong buat dekat rumah dengan anak-anak, tak perlu guna oven. Che Nom suka simpan dalam peti sejuk lepastu makan Kek Pandan Gula Melaka ni sejuk-sejuk waktu petang sambil minum kopi. Satu bekas boleh habis sorang makan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









