ResepiCheNom
Kari Telur Sedap

Resepi Kari Telur Sedap

Prep 30 minMasak 15 minJumlah 45 min

Kari telur simple tapi padu, memang kegemaran anak-anak. Telur direbus lepas tu digoreng dulu bagi luar kenyal tak mudah pecah, kuah kari pun lagi sedap.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan

  • Telur 4-6 biji (yg telah direbus)Telur 4-6 biji (yg telah direbus)
  • Ubi kentang - 2 biji (dibelah 4 atau 6)Ubi kentang - 2 biji (dibelah 4 atau 6)
  • Serbuk kari daging - 4-5 sudu besarSerbuk kari daging - 4-5 sudu besar
  • (Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air sehingga agak cair)(Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air sehingga agak cair)
  • Santan - lebih kurang 1/2 - 1 cawanSantan - lebih kurang 1/2 - 1 cawan
  • Halba campur - lebih kurang separuh sudu kecilHalba campur - lebih kurang separuh sudu kecil
  • Daun kari - 1 batangDaun kari - 1 batang

Bahan Untuk Ditumbuk/Dihiris

  • Bawang kecil - 2 bijiBawang kecil - 2 biji
  • Bawang putih - 2-3 ulasBawang putih - 2-3 ulas
  • Halia lebih kurang 2cmHalia lebih kurang 2cm

Cara Buat Kari Telur

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan kuali dengan lebih kurang secawan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi. Kemudian ketepikan.
  2. 2
    Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. 3
    Kemudian masukkan kari tadi. Tunggu sehingga pecah minyak. Ubi kentang boleh dimasukkan sekali untuk cepatkan ubi empuk dan lembut.
  4. 4
    Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah masukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
  5. 5
    Perasakan dengan sedikit garam dan boleh ditambah sedikit serbuk perasa.
  6. 6
    Setelah mendidih bolehlah masukkan telur dan siap.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan rendamkan telur yg baru mendidih di dalam sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.
Video
Pengenalan

Resepi Kari Telur yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Bukan sahaja mudah tapi sangat menyelerakan.

Telur ini direbus dan kemudian digoreng supaya bahagian luar nya kenyal, tidak mudah pecah dan menjadikan rasanya lebih enak. Anda harus cuba resepi ini.

Diterbitkan pada 19 Oktober 201665.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru