ResepiCheNom
Sambal Tumis Telur Rebus Pekat Dan Likat

Resepi Sambal Tumis Telur Rebus Pekat Dan Likat

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 min

Sambal tumis telur rebus goreng yang pekat, likat dan berkilat, sesuai untuk yang baru belajar masak sambal.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Kisar Halus

  • ½ biji bawang besar½ biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 4-6 biji bawang merah kecil4-6 biji bawang merah kecil

Bahan Lain

  • 1 mangkuk minyak masak1 mangkuk minyak masak
  • ½ biji bawang besar½ biji bawang besar
  • 7 biji telur (saiz B)7 biji telur (saiz B)
  • 15-20 biji cili kering15-20 biji cili kering
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili2 sb sos cili
  • Sedikit air asam jawaSedikit air asam jawa
  • 1 sb gula melaka1 sb gula melaka
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • ½ sb serbuk seasoning½ sb serbuk seasoning
  • 1 biji bawang merah1 biji bawang merah
  • Sedikit air, untuk berkuahSedikit air, untuk berkuah
  • 1 sb cuka1 sb cuka

Cara Buat Sambal Tumis Telur Rebus

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Sambal Tumis Telur Rebus

  1. 1
    Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih dan bawang besar.
  2. 2
    Gunting kasar cili kering dan rebus selama 5 minit (boleh ganti 2-3 senduk cili kisar).
  3. 3
    Masukkan bawang, cili kering dan air secukupnya dalam blender dan kisar halus.
  4. 4
    Hiris nipis bawang besar (untuk tumis) dan hiris membulat (untuk hiasan).
  5. 5
    Rebus telur selama 10 minit. Bila dah masak angkat dan kupas kulit
  6. 6
    Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing. Angkat dan ketepikan.
  7. 7
    Tumis bawang besar sampai lembut. Kemudian masukkan bahan kisar halus, sedikit air, sos tiram, air asam jawa, sos cili dan gula melaka.
  8. 8
    Kacau sampai pecah minyak.
  9. 9
    Masukkan garam, air untuk lebih berkuah, serbuk perasa (pilihan) dan telur rebus.
  10. 10
    Akhir sekali tabur hirisan bawang merah dan biarkan sampai bawang lembut.
  11. 11
    Hidangkan sambal tumis telur bersama nasi putih.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Petua untuk mudah kupas kulit telur, tambah 1 sudu besar cuka semasa merebus.
  • Untuk elakkkan telur meletup bila goreng, kelar sikit telur rebus sebelum goreng.
  • Minyak jangan sikit sangat, takut lambat masak atau masak tak sekata.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Minyak yang lebih (minyak yang terapung dalam sambal) Che Nom senduk keluar, dan boleh guna untuk tumis sayur atau nasi goreng.
Video
Pengenalan

Resepi kali ni ialah sambal telur rebus goreng. Che Nom akan fokus kepada sesiapa yang baru nak mula belajar masak sambal.

Bermula dari bahan kisar, cara proses cili kering, tips rebus telur (juga untuk kupas dgn mudah), tips goreng telur supaya tak meletup dan cara masak sambal yang pekat texture, berkilat dan tahan lama kalau kita masak dengan cara yang betul.

Sesuai sangat untuk menu rumah bujang sebab bahan tak banyak. Kalau Che Nom, makan dengan nasi putih panas saja dah cukup.

Diterbitkan pada 8 Julai 202296.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru