ResepiCheNom
Kari Kepala Ikan
Ikan

Resepi Kari Kepala Ikan

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 2 orang

Kari Kepala Ikan versi Che Nom yang kuahnya pekat berempah, pedas dan masam cukup rasa. Guna kepala ikan segar, memang padu bila cicah dengan nasi panas.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Kari Kepala Ikan

  • 2 biji cili hijau2 biji cili hijau
  • sedikit air (untuk bancuh rempah)sedikit air (untuk bancuh rempah)
  • 1/2 cawan minyak masak1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 sudu kecil halba campur3/4 sudu kecil halba campur
  • 3-4 biji bawang merah kecil3-4 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1-2 tangkai daun kari1-2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 3 sudu besar rempah kari ikan3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili1 sudu besar serbuk cili
  • anggaran 1/4 cawan air pati asam jawaanggaran 1/4 cawan air pati asam jawa
  • 300g-400g /1 kepala ikan300g-400g /1 kepala ikan
  • 1/2 cawan santan fresh atau 1/3 santan kotak kecil1/2 cawan santan fresh atau 1/3 santan kotak kecil
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • 10 batang sayur bendi10 batang sayur bendi
  • daun ketumbar (optional)daun ketumbar (optional)

Cara Buat Kari Kepala Ikan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Kari Kepala Ikan

  1. 1
    Hiris nipis bawang merah kecil dan hiris kasar bawang putih beserta halia.
  2. 2
    Tumbuk atau kisar bahan hiris kasar sehingga halus.
  3. 3
    Belah cili hijau dalam dua bahagian lalu potong memanjang dan hiris kasar sebiji tomato.
  4. 4
    Panaskan minyak lalu masukkan halba campur. Tumis bawang merah kecil hingga kekuningan.
  5. 5
    Selepas itu, masukkan cili hijau, bahan tumbuk, daun kari dan tomato. Kacau kesemua bahan sehingga naik bau dan tomato menjadi layu.
  6. 6
    Bancuh pekat rempah dan serbuk cili bersama sedikit air.
  7. 7
    Tuangkan sekali bancuhan rempah bersama bahan tumis dan tambah sedikit air menggunakan bekas bancuhan rempah. Masak sehingga kari pecah minyak.
  8. 8
    Masukkan air asam jawa dan tambah air dua-tiga kali sehingga rempah betul-betul masak. Jika tidak, rasa kari akan menjadi tidak sedap.
  9. 9
    Kemudian, masukkan kepala ikan dan renehkan sehingga ia masak.
  10. 10
    1Masukkan sedikit santan dan tambah sedikit air.
  11. 11
    1Taburkan garam secukup rasa.
  12. 12
    1Masukkan bendi dan batang ketumbar (pilihan). Teruskan memasak kari sehingga bendi agak layu.
  13. 13
    1Kari kepala ikan siap untuk dihidang dan dihias bersama daun ketumbar (pilihan).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kari kepala ikan jika dimasak awal dan lagi lama dipanaskan, kuahnya akan menjadi lebih sedap.
Video
Pengenalan

Kari Kepala Ikan yang pekat berempah, pedas, masam, semua cukup rasa. Ada banyak cara masak kari kepala ikan ni, ada kari cara mamak, cara nyonya, cara masakan Cina, cara melayu,yang ni cara biasa Che Nom masak kat rumah aja.

Kuah kari kepala ikan mestilah pekat, baru terangkat bila makan. Ikan pun mestilah fresh, baru sedap.

Diterbitkan pada 17 Mac 202131.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru