ResepiCheNom
Peria Goreng Telur

Resepi Peria Goreng Telur

Prep 20 minMasak 10 minJumlah 30 minHidangan 2 orang

Peria Goreng Telur ni ringkas tapi sedap, sayur kegemaran Che Nom yang sesuai untuk seisi keluarga. Rendam peria dalam air garam sekejap supaya kurang pahit.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1 biji peria saiz besar, buang biji dan hiris nipis1 biji peria saiz besar, buang biji dan hiris nipis
  • 1 sudu besar cili kisar1 sudu besar cili kisar
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit garam dan gula utk menambah rasasedikit garam dan gula utk menambah rasa
  • 3 sudu besar minyak masak3 sudu besar minyak masak

Bahan Tumbuk Kasar

  • 3 ulas bawang merah3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu besar ikan bilis2-3 sudu besar ikan bilis

Cara Buat Peria Goreng Telur

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau sebentar sehingga cili masak.
  2. 2
    Pecahkan telur dan biarkan beberapa saat, kemudian kacau sehingga hancur. Masukkan serbuk kunyit.
  3. 3
    Masukkan peria dan kacau sehingga masak sempurna. Tambahkan sedikit air untuk kuah (jika suka).
  4. 4
    Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Bersihkan peria dan potong dua. Buang biji dan hiris nipis kemudian rendam di dalam air bergaram selama 15 minit (anggran 1 sudu besar garam). Setelah direndam, bilas dengan air bersih dan toskan.
Video
Pengenalan

Resepi Peria Goreng Telur yang ringkas dan sedap. Ini adalah masakan sayur kegemaran Che Nom, dan peria juga sangat bagus untuk kesihatan.

Bagus dimakan oleh penghidap kencing manis dan juga dikatakan memberikan khasiat untuk kecantikan kulit. Untuk menghilangkan rasa pahit peria yang terlalu kuat, rendam hirisan peria di dalam air garam seketika (Rujuk kepada ruangan tips).

Diterbitkan pada 14 Oktober 201936.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru