ResepiCheNom
Kari Pekat Ikan Merah
Ikan

Resepi Kari Pekat Ikan Merah

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 6 orang

Jom masak kari pekat ikan merah cara orang dulu, resipi Che Nom belajar dari bonda. Bahan ringkas tapi teknik tumis dan reneh buat kuah padu, sedap menyerap.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Tumbuk Kasar

  • 6 biji bawang merah6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia

Bahan Untuk Bancuhan Rempah

  • 2 sudu besar (membukit) serbuk kari ikan2 sudu besar (membukit) serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili1 sudu besar serbuk cili
  • air secukupnyaair secukupnya

Bahan Untuk Lain

  • 2-3 sudu besar air asam jawa2-3 sudu besar air asam jawa
  • 1/2 mangkuk kecil minyak masak1/2 mangkuk kecil minyak masak
  • 3/4 sudu kecil halba campur3/4 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari2 tangkai daun kari
  • 1 ekor ikan merah1 ekor ikan merah
  • 1 mangkuk santan cair1 mangkuk santan cair
  • 3 biji cili merah besar3 biji cili merah besar
  • 1 mangkuk santan pekat1 mangkuk santan pekat
  • air, jika perluair, jika perlu
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • 12 batang bendi12 batang bendi
  • 2 biji tomato2 biji tomato

Cara Buat Kari Pekat Ikan Merah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. 2
    Masuk semua dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  3. 3
    Sediakan bancuhan rempah, masukan rempah kari ikan, serbuk cili dan air secukupnya.
  4. 4
    Potong bendi, cili merah dan tomato belah 4
  5. 5
    Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar tadi.
  6. 6
    Masukan halba campur dan daun kari.
  7. 7
    Kacau sampai bawang kekuningan dan sedikit garing.
  8. 8
    Tuang bancuhan rempah kari.
  9. 9
    Kacau sekata sehingga pecah minyak.
  10. 10
    Tambahkan air.
  11. 11
    Bila dah kering, masukan air pati asam jawa.
  12. 12
    Masukkan ikan merah.
  13. 13
    Masak selama 5 minit.
  14. 14
    Kemudian masukan santan cair (santan perahan kedua).
  15. 15
    Masukan cili merah dan masak dalam 10 minit.
  16. 16
    Kemudian masukan santan pekat.
  17. 17
    Jika kari pekat boleh tambah air.
  18. 18
    Tambah sedikit air asam jawa.
  19. 19
    Tambah garam.
  20. 20
    Masukan bendi dan tomato.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Gunakan kuali yang tebal, jika tidak rempah cepat hangus.
  • Basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir.
  • Santan pekat diletakkan lambat sebab takut kari pecah minyak dan kuah berketul- ketul.
Video
Pengenalan

Jom kita masak kari ikan cara org dulu yang Che nom belajar dari bonda tersayang.

Kali ni Che Nom gunakan Ikan Merah yang segar lagi sebab baru beli kat pasar.

Bahan-bahannya taklah banyak sangat, cuma cara dan teknik memasak kari tu yang menentukan sedap atau tak hasilnya nanti.

Diterbitkan pada 14 April 2020144.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru