Resepi Sambal Tumis Ikan Kembung
Sambal Tumis Ikan Kembung ala kampung yang pedas manis, paling ngam bila ikan kembung goreng digaul terus dalam sambal.

Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Tumis Ikan Kembung
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.
- 2Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau di atas api perlahan sehingga cili kisar pecah minyak.
- 3Masukkan sos cili, sos ikan, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sehingga sambal masak sebati. Boleh ditambah sedikit air jika sambal terlalu kering.
- 4Masukkan bawang besar dan gula secukup rasa.
- 5Tuangkan kuah sambal di atas ikan goreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 445 kcal
- Protein
- 21.5 g
- Karbohidrat
- 12 g
- Lemak
- 33.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 7 g
- Natrium:
- 590 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 6 ekor ikan kembung dianggar 1.08 kg, 60% isi boleh dimakan.
- Ikan digoreng dahulu; serapan minyak 10%.
- '1 mangkuk kecil minyak' (~150 ml) dikira 60% sahaja dimakan bersama sambal.
- Sos tiram (pilihan) dikira separuh; gula 'secukup rasa' dianggar 1½ sudu besar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Dalam resepi ni Che Nom tidak masukkan garam kerana sos tiram, dan sos ikan sudah masin. Ikan goreng juga sudah diletakkan garam semasa menggoreng.
Video
Pengenalan
Sambal Tumis Ikan Kembung, menu ala-ala kampung yang tak jemu dimakan. Paling sedap jika dimakan bersama sayur tumis air atau sayur masak lemak putih dan sambal belacan. Kalau ada ikan kembung segar dari pasar, memang sedap kalau terus digoreng dan gaul bersama sambal tumis.
Bagi Che Nom, lagi sedap jika kita gunakan asam jawa berbanding asam keping. Tapi boleh aja gunakan mana-mana bahan yang ada di dapur. Rasa sambalnya harus sedikit manis, bergabung dengan rasa masin dari ikan goreng memang terus membuka selera.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









