Resepi Kari Ikan Siakap
Kari Ikan Siakap kegemaran keluarga Che Nom, kuah pekat beraroma dengan tomato atau bendi. Pastikan serbuk kari dimasak hingga pecah minyak supaya kuah sedap dan tahan lama.

Bahan-bahan
Cara Buat Kari Ikan Siakap
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong ikan siakap kepada blok kecil. Basuh dan toskan.
- 2Bancuh rempah kari ikan bersama serbuk cili dengan sedikit air supaya menjadi pes.
- 3Panaskan minyak. Masukkan bahan hiris nipis, bahan rempah tumis dan daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- 4Masukkan pes serbuk kari tadi, air asam jawa dan kacau sehingga pecah minyak dan juga warna rempah berubah menjadis sedikit gelap. Boleh tambah air sedikit demi sedikit semasa proses menumis supaya rempah tidak hangus.
- 5Masukkan ikan dan santan cair. Tutup periuk dan biarkan ikan masak seketika.
- 6Masukkan pula santan pekat bersama tomato atau bendi.
- 7Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 470 kcal
- Protein
- 25 g
- Karbohidrat
- 15.5 g
- Lemak
- 33.5 g
- Serat:
- 4 g
- Gula:
- 3 g
- Natrium:
- 900 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 ekor ikan siakap dianggar 800 g, 55% isi boleh dimakan.
- Santan cair dan santan pekat masing-masing dianggar 1 mangkuk = 250 ml.
- Minyak menumis tidak disukat; dianggar 4 sudu besar.
- Garam tidak disenaraikan; dianggar 1½ sudu kecil untuk seluruh periuk.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Anda boleh juga gunakan santan kotak. Tapi haruslah pandai mengagak banyak mana air yang hendak dimasukkan supaya dapat kepekatan kuah kari seperti yang anda suka.
- Gunakan periuk yang tebal permukaannya supaya rempah kari tidak cepat hangus semasa proses menumis.
- Semasa proses memasak kari ikan, hati hati semasa mengacau kuah supaya ikan tidak hancur.
Video
Pengenalan
Resepi Kari Ikan Siakap ini sebenarnya hidangan kegemaran keluarga Che Nom di kampung. Kalau ada ikan siakap yang segar dari pasar selain dari dimasak ikan bakar, mak Che Nom akan masak kari (atau gulai kata orang utara) bersama dengan tomato atau bendi.
Rahsia untuk mendapatkan kari ikan yang sedap ialah serbuk kari harus betul-betul masak sampai pecah minyak. Barulah kuah yang terhasil nanti sedap dan juga tidak mudah basi.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









