
Gulai Daging Utara Istimewa
Resepi pada kali ini memang sungguh istimewa. Saya kongsikan Resepi Gulai Daging Utara yang sedap, lebih kurang sama dengan resepi gulai kawah yang dimasak di kenduri kendara. Resepi asal adalah dari Chef Sabri yang terkenal dengan kepakaran memasak resepi ala kampung dan resepi ini mmg di olah dari resepi gulai kawah beliau. Rasa gulai daging ni memang mengingatkan kepada sedapnya gulai kenduri di kampung. Jika tiada rebung, anda boleh gantikan dengan batang pisang, ataupun kentang.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 kg daging bahagian tulang
- 1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus
- 2 sudu besar kerisik
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1/2 senduk minyak masak
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan santan cair
- daun kari
- sedikit gula melaka
- garam secukup rasa
- 1 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 2 btg cengkih
- 6 biji buah pelaga
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1 bungkus rempah kari daging
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut. Kalau menggunakan pressure cooker, masa memasak bergantung kepada jenis pressure cooker anda. Jika rebus menggunakan kaedah biasa, anggaran masa merebus dalam 1.5 hingga 2 jam.
- 2Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis 'Bahan Kisar', daun kari dan 'Bahan Rempah Tumis' sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3Bancuh 'Bahan Pes Rempah' dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
- 4Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.
- 5Masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.
- •Rebus daging sehingga lembut dan sejukkan kuah rebusan, kemudian kuah boleh dimasukkan ke dalam peti ais. Jika anda tidak suka gulai yang terlalu berlemak, buang lemak sejuk yang beku di permukaan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Nasi Goreng Kampung
Resepi Nasi Gorang Kampung, sajian kegemaran ramai. Sedap dan simple, sesuai untuk makan makan, enak di hidang bersama s...
Diterbitkan pada 18 Mei 2014

Sambal Tumis Ikan Kembung
Sambal Tumis Ikan Kembung, menu ala-ala kampung yang tak jemu dimakan. Paling sedap jika dimakan bersama sayur tumis air...
Diterbitkan pada 25 Januari 2018

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Terung Pipit
Masakan ala kampung yang pasti menjadi pembuka selera. ...
Diterbitkan pada 18 Mac 2014

Nasi Goreng Kampung
Menu kali ini, Nasi goreng kampung. Untuk dapatkan nasi goreng kampung yang berderai dan garing, kita perlu guna nasik s...
Diterbitkan pada 10 Oktober 2022
Nasi Lemak Bungkus
Hi semua, untuk kali ini Che nom sediakan nasi lemak bungkus sebab rindu nak balik kampung tapi tak boleh sebab PKPB. Ja...
Diterbitkan pada 12 April 2022

Kek Marble Kampung
Sejak 2-3 hari teringin sangat nak makan kek, dan Che Nom ni penggemar kek yang biasa-biasa aje, yang tak fancy sangat d...
Diterbitkan pada 15 Januari 2025
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...