![Daging Black Pepper Confirm Sedap](/images/recipes/Daging_Black_Pepper_closeup3.jpg)
Daging Black Pepper Confirm Sedap
Kalau ada banyak daging korban,boleh lah masak resepi daging yang mudah dan sedap, iaitu Daging Masak BlackPepper atau Daging Masak Lada Hitam,cara Che Nom. Untuk resepi ni, kalau nakcepat masak, kita gunakan daging jenis yang lembut iaitu bahagian batangpinang, tapi kalau takda,bahagian potongan yang lain pun ok. Janji kita potongdengan cara yang betul dan masak lebih lama sikit je.Sebenarnya potongan daging yang murah, lebih sedap atauflavourful rasanya kalau dimasak macam ni, berbanding daging yang mahal macamdaging batang pinang tu. Beef cut yang mahal macam daging batang pinang tulebih sesuai dimasal grill, atau masak steak. Jadi, cheap cut beef adalah
pilihan yang bagus untuk masak daging black pepper. Hiris nipis daging, ikutarah berlawanan urat macam ni. Kalau ikut arah urat nanti daging akan jadi liat.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- ½ kilo daging
- 5 ulas bawang putih - tumbuk halus
- 4 biji bawang merah - tumbuk halus
- 2 inci halia - tumbuk halus
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- sedikit serbuk lada hitam
- 2 sudu kecil serbuk black pepper
- Kicap secukupnya
- 1 sudu besar tepung jagung
- Sedikit air
- 2 biji ubi kentang, digoreng
- sedikit capsicum hijau
- 2 biji cili merah
- 1Hiris nipis daging ikut arah lawan urat supaya tak liat
- 2Hiris kasar bawang putih, bawang merah, dan halia. Tumbuk halus semua bahandan gaulkan bersama hirisan daging.
- 3Masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap manis dan sedikit serbuk black pepper dalam anggaran 1/2 sudu kecil. Perap selama minimum 1/2 jam. Lagi lama lagi sedap.
- 4Ambil sedikit cili padi, anggaran 4-5 biji, buang tangkai dan belah tengahnya.
- 5Panaskan minyak.
- 6Kupas 2 biji ubi kentang. Hiris dalam bentuk wedges dan gaul kentang dengan sedikit garam . Goreng sehingga keperangan di luar dan lembut di dalam. Angkat dan ketepikan.
- 7Dalam minyak yang sama, masukkan daging yang di perap tadi. Api kecil aje. Kacau perlahan sehingga daging kering dan terpisah dengan minyak. Che Nom tambah sedikit lagi lada hitam supaya nak bagi wangi dan lebih rasa lada hitamnya.
- 8Tuang sedikit lagi kicap.
- 9Tambah sedikit air dan renehkan daging. Kalau kuah dah kering, tapi daging masih lagi liat, tambah sedikit lagi air dan teruskan reneh sampai daging jadi lembut.
- 10Bila daging dah lembut, bancuh tepung jagung dan air. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Kacau-kacau sikit kuah supaya sekata.
- 11Masukkan kentang yang dah digoreng tadi. Masukkan capsicum merah dan hijau. Masukkan pula cili api. Kacau sebati sehingga capsicum lembut sedikit, tapi masih lagi crunchy.
- 12Kemudian akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.
- 13Tabur dengan hirisan daun bawang
- •Rendam kentang dalam air sekejap sementara tunggu nak masak. Kalau tak rendam dalam air, kentang jadi hitam nanti sebab getahnya keluar terdedah kepada udara.
- •Che Nom tak tambah garam ataupun gula, sebab sos tiram dan kicap tadi dah cukup semua rasanya.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Daging Black Pepper](/images/recipes/Daging_Black_Pepper.jpg)
Daging Black Pepper
Daging masak black pepper, resepi mudah dan confirm habis makan sepinggan. Kalau ada daging bahagian subprime cut macam batang pinang memang sesuai sangat untuk masakan stir fry macam ni.
![Gulai Daging Kawah](/images/recipes/Gulai_Daging_Kawah.jpg)
Gulai Daging Kawah
Gulai Daging Kawah ala kenduri, daging direneh perlahan sampai lembut dan meresap dengan kuah. Ditambah pulak kerisik dan santan segar. Cara kerisik homemade pun ada dalam resepi ni.
![Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik](/images/recipes/Kurma_Daging_Web.jpg)
Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik
Sempena hari raya Aidiladha jom kita tengok resepi Daging masak kurma. Kurma tu bukan buah kurma, tapi jenis campuran re...
![Daging Masak Kicap Dan Kentang](/images/recipes/Daging_Masak_Kicap_Web.jpg)
Daging Masak Kicap Dan Kentang
Kali ni Che Nom nak masak menu yang ringkas tapi cukup sedap menjilat jari kalau makan iaitu daging masak kicap berkent...
![Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom](/images/recipes/lamb_chop_.jpg)
Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom
Kali ni nak share resepi menu favourite Che Nom iaitu grill lamb dan dua side dish iaitu mashed potato serta sayur fresh...
![Daging Goreng Kunyit](/images/recipes/Daging_Goreng_Kunyit_FB.jpg)
Daging Goreng Kunyit
Daging Goreng Kunyit masakan yang mudah dan sesuai untuk orang bujang. Che Nom ada share satu tips cara restoran cina untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan juicy.