ResepiCheNom
Sup Tulang Padu Dan Air Asam

Resepi Sup Tulang Padu Dan Air Asam

Prep 30 minMasak 1 jam 30 minJumlah 2 jamHidangan 25 orang

Sup tulang padu berkuah sedikit berempah, direbus lama sampai daging lembut dan rasa tulang keluar. Makan panas-panas dengan air asam pedas menyengat, memang ngam.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Sup Tulang

  • Limau nipisLimau nipis
  • Daun bawangDaun bawang
  • 5 kilo tulang daging5 kilo tulang daging
  • Anggaran 1 liter airAnggaran 1 liter air
  • Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah4 biji bawang merah
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 4 biji buah keras (pilihan)4 biji buah keras (pilihan)
  • 1 sb serbuk lada hitam1 sb serbuk lada hitam
  • 1 batang serai (pilihan)1 batang serai (pilihan)
  • 2 sb minyak masak2 sb minyak masak
  • 1 batang lobak merah1 batang lobak merah
  • 1 sup bunjut1 sup bunjut
  • 2 biji kentang2 biji kentang
  • 2 batang saderi (pilihan)2 batang saderi (pilihan)
  • Daun supDaun sup
  • 1 kiub pati lembu / ayam (pilihan)1 kiub pati lembu / ayam (pilihan)
  • Bawang gorengBawang goreng

Bahan Rempah Sup Tulang

  • 1 sb serbuk ketumbar*1 sb serbuk ketumbar*
  • 1 sb serbuk jintan manis*1 sb serbuk jintan manis*
  • 1/2 sb serbuk jintan putih*1/2 sb serbuk jintan putih*
  • Bahan (*) boleh ganti dengan 2 sb serbuk rempah supBahan (*) boleh ganti dengan 2 sb serbuk rempah sup

Bahan Air Asam

  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 1/2 cawan air asam jawa1/2 cawan air asam jawa
  • 1 inci belacan bakar1 inci belacan bakar
  • 2 biji cili merah2 biji cili merah
  • 5 tangkai cili padi5 tangkai cili padi
  • Sedikit perahan limau nipisSedikit perahan limau nipis
  • 1 sb sos ikan1 sb sos ikan
  • Gula secukup rasaGula secukup rasa
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa

Cara Buat Sup Tulang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Masak Sup

  1. 1
    Cincang kasar bawang putih, bawang merah, halia dan buah keras. Kemudian kisar halus dengan sedikit air.
  2. 2
    Potong kentang dan lobak merah kepada ketulan besar.
  3. 3
    Potong kasar batang seleri. Asingkan batang daun bawang dan batang daun sup kemudian potong panjang (anggaran 2 inci). Hiris kasar daun sup dan bawang (untuk taburan).
  4. 4
    Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar sampai naik bau.
  5. 5
    Masukkan tulang, serbuk ketumbar*, serbuk jintan manis* dan serbuk jintan putih*, serbuk lada hitam, serai, sup bunjut, batang daun sup, batang daun bawang dan air. Rebus selama 1 1/2 jam.
  6. 6
    Masukkan batang seleri, lobak merah, kiub pati lembu / ayam dan garam.
  7. 7
    Masukkan kentang dan tambah sedikit serbuk lada hitam.
  8. 8
    Tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Untuk Air Asam

  1. 1
    Potong dadu tomato dan bawang besar. Asingkan 1/2 tomato dan bawang besar tadi untuk kisar dan 1/2 lagi untuk gaul dalam air asam.
  2. 2
    Potong kasar cili merah dan potong halus cili padi.
  3. 3
    Kisar kasar bahan potong kasar, belacan bakar, air asam, gula dan garam.
  4. 4
    Pindah masuk dalam mangkuk, tambah sos ikan, jus limau nipis, tomato, bawang besar dan cili pagi. Gaul dan picit sampai sebati dan mesra.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh kaut keluar kalau banyak sangat minyak (dari lemak daging yang cair).
  • Boleh masakkan dalam pressure cooker untuk daging cepat masak.
  • Boleh tambah kerisik dalam air asam jika suka.
Video
Pengenalan

Kali ni menu berasaskan daging iaitu Sup Tulang yang padu, dipadankan dengan air asam yang pedas menyegat, gabungan yang mantap. Che Nom akan tunjuk cara buat sup tulang yang sedikit berempah rasa kuahnya, tak terlalu cair. Dan Che Nom akan tumis dengan sedikit je minyak untuk naikkan rasa rempah tumis.

Sup tulang ni kita kena rebus agak lama sebab nak lembutkan dagingnya tu bila makan nanti dan khasiat tulangnya tu keluar. Memang bagus untuk kesihatan sup tulang ni. Kalau guna daging yang fresh, ada daging korban ke boleh la masak kan.

Diterbitkan pada 15 Julai 202224.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru