
Rendang Tok Daging
Kali ni Che Nom nak share resepi Rendang Tok tanpa tumis. Cara klasik orang-orang lama. Daging seeloknya guna bahagian isi pejal.Juga perlu gunakan banyak rempah kering dan juga rempah masakan fresh dalam rendang tok untuk hasilkan kuah yang pekat dan sedap.
Santan kalau nak lebih sedap dan menjadi, perlu guna santan segar yang pekat. Bila direneh lama, minyak santan akan pecah dan lebih sedap rasanya. Hasil dari proses memasak yang Panjang, Rendang Tok ni sangat tahan lama tak mudah basi.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4 inci halia
- 2-3 inci lengkuas
- 7 batang serai
- 4 sb biji ketumbar
- 2 kilo daging
- Santan, dari 4 biji kelapa
- 1/2 kilo bawang merah kecil
- 12 ulas bawang putih
- 2 sb biji jintan putih
- 2 sb biji jintan manis
- 1 sb lada hitam
- 5 biji buah keras
- 3 sb serbuk kari daging
- 4-5 sb serbuk cili
- Rempah 3 sekawan (2 kulit kayu manis, 3 bunga lawang, 8 biji buah pelaga)
- 1/2 senduk gula melaka
- Garam secukup rasa
- Perasa jika suka
- 4 sb kerisik
- 1Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, serai, halia dan lengkuas.
- 2Masukan bawang merah, bawang putih, buah keras, serai, halia, lengkuas dan sedikit air dalam blender. Kisar halus kesemua bahan.
- 3Masukkan biji ketumbar, jintan manis, jintan putih dan biji lada hitam dalam kuali.
- 4Sangai biji rempah atas api perlahan sampai naik aroma.
- 5Bila dah naik asap dan bau rempah, boleh tutup api dan tuang masuk dalam blender kering.
- 6Bila biji rempah dah agak suam, kisar halus kesemua rempah.
- 7Daging, potong kepada ketulan besar. Kita tak nak daging yang kecil sangat. Tak sesuai untuk rendang tok yang kena masak lama, takut hancur pulak nanti.
- 8Untuk santan Che Nom perah dari 4 biji kelapa, air agak-agak sebab tak ada sukatan (Che Nom buat 2 mangkuk besar, 1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair).
- 1Masukkan semua daging dalam kuali. Kalau tak makan daging boleh guna ayam pencen sebab isi keras dan tak mudah hancur bila masak.
- 2Tuang masuk serbuk cili, rempah kari daging, rempah sangai, rempah 3 sekawan dan bahan kisar halus.
- 3Gaul sebati biar mesra sebelum kita masukkan satan.
- 4Tuang masuk semua santan. Resepi ni kita tak tumis, sebab tu kita kena guna banyak santan pekat.
- 5Bukak api sederhana dan kacau sebati.
- 6Masukkan gula melaka dan garam (masuk dulu sikit, nanti adjust kalau kurang masin).
- 7Reneh sampai mendidih. Api sederhana sebab kita nak daging perlahan-lahan masak lembut dan kuah perlahan-lahan kering dan pekat.
- 8Selepas sejam kuah akan nampak pekat sikit tapi kuah belum kering lagi dan daging pon masih liat.
- 9Masukkan kerisik. Sambung masak atas api perlahan.
- 10Selepas sejam setengah kuah dah kering dan pecah minyak, kuah pon dah makin gelap warnanya.
- 11Kalau daging masih kurang lembut, tambah lagi masa memasak dan air (takut hangus pulak nanti).
- 12Che Nom tambah garam sikit dan serbuk perasa (pilihan).
- 13Boleh tutup api dan sejukkan untuk hidang.
- 14Tabur hirisan daun kunyit sebagai hiasan kalau suka.
- •Kita kena guna daging bahagian isi pejal. Che Nom guna bahagian knuckle. Kalau ada urat-urat sikit lagi bagus. Jangan guna daging batang pinang untuk rendang, tak sesuai dan rugi guna daging mahal untuk masak rendang. Kalau nak guna daging import pon boleh.
- •Kalau simpan rendang dalam peti ais elok-elok setahun pon tahan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.
Diterbitkan pada 8 Jun 2025

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!
Diterbitkan pada 8 Jun 2025

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat
Daging Masak Hitam kenduri, pekat, berempah, dan sangat menyelerakan.
Diterbitkan pada 15 Februari 2025

Daging Masak Hitam Berempah
Daging Masak Hitam berempah sedap sangat kalau makan bersama nasi tomato atau nasi minyak, dipadankan pulak dengan jelatah timun memang wajib cuba.
Diterbitkan pada 15 Januari 2025

Daging Black Pepper
Daging masak black pepper, resepi mudah dan confirm habis makan sepinggan. Kalau ada daging bahagian subprime cut macam batang pinang memang sesuai sangat untuk masakan stir fry macam ni.
Diterbitkan pada 12 Julai 2024

Daging Goreng Kunyit
Daging Goreng Kunyit masakan yang mudah dan sesuai untuk orang bujang. Che Nom ada share satu tips cara restoran cina untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan juicy.
Diterbitkan pada 3 Julai 2024
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.