ResepiCheNom
Kuey Teow Goreng dan Cili Potong Kicap

Resepi Kuey Teow Goreng Dan Cili Potong Kicap

Prep 15 minMasak 10 minJumlah 25 min

Kuey teow goreng kegemaran keluarga Che Nom, bahan simple tapi kena api besar dan goreng sekejap je supaya tak lembik. Makan panas-panas dengan cili potong kicap, memang padu.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil2 biji bawang merah kecil
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis1/2 mangkuk kecil ikan bilis

Bahan Untuk Kuey Teow Goreng

  • sedikit minyak masaksedikit minyak masak
  • bahan-bahan kisar halus (atas)bahan-bahan kisar halus (atas)
  • 1-2 sudu besar cili kisar1-2 sudu besar cili kisar
  • 2 keping fish cake, hiris nipis2 keping fish cake, hiris nipis
  • 2 sudu besar sos cili2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat/ caramel2 sudu besar kicap pekat/ caramel
  • 1 sudu besar sos ikan, jika suka1 sudu besar sos ikan, jika suka
  • udang, buang kulitudang, buang kulit
  • sedikit airsedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 pek/ 450 g kuey teow1 pek/ 450 g kuey teow
  • 1 biji telur1 biji telur
  • sedikit sos ikansedikit sos ikan
  • taugehtaugeh
  • daun kucaidaun kucai

Bahan Untuk Cili Kicap

  • 5-6 tangkai cili padi5-6 tangkai cili padi
  • kicap manis secukupnyakicap manis secukupnya
  • perahan jus limau nipisperahan jus limau nipis

Cara Buat Kuey Teow Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Kuey Teow Goreng

  1. 1
    Kisar halus semua bahan-bahan.
  2. 2
    Panaskan minyak. Masukkan semua bahan kisar halus dan tumis sehingga kekuningan.
  3. 3
    Masukkan cili kisar. Masak sehingga garing dan pecah minyak kemudian masukkan hirisan fish cake.
  4. 4
    Masukkan sos cili, sos tiram, kicap karamel, sos ikan, udang dan serbuk lada sulah. Kacau-kacau sekejap.
  5. 5
    Masukkan kuey teow, kacau sekata dengan bahan tumisan. Tolak kuey teow ke tepi supaya ada ruang di tengah. Pecahkan sebiji telur.
  6. 6
    Biar telur sekejap je dan kemudian kacau sikit supaya hancur. Gaul sekata bersama kuey teow.
  7. 7
    Masukkan taugeh sedikit demi sedikit. Tambah juga sayur kuchai.
  8. 8
    Angkat dan hidang bersama cili potong kicap

Untuk Cili Potong Kicap

  1. 1
    Potong cili padi
  2. 2
    Tuang kicap manis secukupnya
  3. 3
    Perah jus limau nipis. Kacau sebati.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kuey Teow haruslah digoreng di atas api yang besar supaya tak mudah lembik dan sedap rasanya.
  • Boleh tuang sedikit minyak atas telur yang dipecahkan supaya kuey teow goreng tak lembik dan telur hancur dan sedikit "garing".
  • Bila dah masukkan kuchai, jangan goreng lama sangat nanti sayur kuchai jadi liat.
Video
Pengenalan

Resepi Kuey Teow Goreng yang menjadi kegemaran keluarga Che Nom. Bahan-bahannya mudah, tapi mungkin perlu diberi sedikit perhatian pada beberapa tips untuk mendapatkan Kuey Teow Goreng yg sedap.

Ada 1 bahan tambahan yg selalu Che Nom masukkan supaya ada sedikit kelainan pada rasa nya.Kuey Teow ni goreng tak boleh lama sangat nanti cepat lembik dan hancur.

Api pun kena besar baru sedap rasanya bila digoreng.Untuk masakan ni, Che Nom tak masukkan garam atau gula sebab sos dan kicap dan cukup kesemua rasa masin dan manisnya.

Diterbitkan pada 21 November 201938.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru