Ayam Masak Thai Yang Mengancam Sedapnya

Ayam Masak Thai versi Che Nom yang mudah disediakan, rasanya sangat sedap dengan gabungan cili dan kunyit segar, aroma dari daun limau purut dan serai…ditambah pulak dengan perahan jus limau nipis sebagai pelengkap rasa.

Masakan ni memang wajib guna cili segar, barulah mengancam rasanya…Kuahnya masam-masam pedas, memang sangat berselera kalau kita makan dengan nasik putih je. Pendek kata, wajib cuba lah.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 4 biji bawang merah kecil
    • 6 ulas bawang putih
    • 1 ketul kunyit hidup
    • 4-5 biji cili merah besar
    • 1-2 cili hijau besar
    • 7-8 biji cili padi , lebihkan kalau nak pedas
    • sedikit air
  • Bahan-bahan untuk ayam masak thai:
    • ½ ekor ayam
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • minyak secukupnya
    • 3 batang serai, dititik
    • 7-8 helai daun limau purut
    • 2 sudu besar sos cili
    • 1 ½ sudu besar sos tiram
    • air secukupnya untuk kuah
    • sedikit gula melaka
    • garam secukup rasa
    • ½ biji bawang holland ,kalau bawang kecil guna 1 biji
    • perahan jus limau nipis, anggaran 1 biji kecil

Cara Penyediaan:

  1. Masuk semua bahan-bahan untuk dikisar dalam blender dan kisar halus
  2. Gaul ayam bersama serbuk kunyit.
  3. Panasakan minyak. Goreng separuh masak. Ketepikan ayam.
  4. Keluarkan minyak gorengan ayam, tinggal dalam anggaran 2 senduk.
  5. Tumis serai sehingga naik baunya, dan kemudian masukkan bahan kisar halus. Kacau sehingga pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap. Anggaran 10 minit.
  6. Masukkan separuh daun limau purut yang dibuang tulang tengah daunnya. Kacau sampai naik bau daun limau purut.
  7. Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti sos cili, sos tiram dan tambah sedikit air supaya berkuah. Tutup sekejap supaya ayam masak dan meresap kuah.
  8. Tambah baki lagi separuh daun limau purut.
  9. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.
  10. Tambah hirisan bawang Holland. Kacau sampai layu.
  11. Tutup api. Perah jus limau nipis ke dalam masakan, perah sikit dulu dan rasa. Kalau kurang masam boleh tambah lagi dan kacau sebati.
  12. Hias dengan taburan daun limau purut dan hirisan cili merah. Sedap dimakan dengan nasi putih panas.

Tip:

  • Perahan limau haruslah ditambah setelah tutup api. Jangan masuk awal sangat nanti pahit dan sedap rasanya.
  • Masukkan perahan limau sedikit, rasa dulu. kalau kurang masanya boleh perah sedikit lagi.
  • Kalau nak lebih berkuah, boleh lebihkan bahan-bahan kisar dan tambah lebih air supaya berkuah.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.