ResepiCheNom
Daging Goreng ala Thai

Resepi Daging Goreng Ala Thai

Prep 30 minMasak 35 minJumlah 1 jam 5 minHidangan 5 orang

Daging goreng ala Thai ni simple tapi padu, cukup rasa manis masam pedas dengan aroma daun ketumbar yang wangi. Makan panas-panas dengan nasi, ada krup krap sikit memang ngam!

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 sb biji ketumbar1 sb biji ketumbar
  • 500g daging500g daging
  • 1/2 sb biji lada hitam1/2 sb biji lada hitam
  • 1-2 sb majerin/mentega1-2 sb majerin/mentega
  • 2 sb sos ikan2 sb sos ikan
  • 2 sb gula perang2 sb gula perang
  • ATAU gula kabung thaiATAU gula kabung thai
  • 2 sb air asam jawa2 sb air asam jawa
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • 3-4 ulas bawang putih3-4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah3 biji bawang merah
  • 1 sb beras sangai1 sb beras sangai
  • 2 sb serbuk cili kasar2 sb serbuk cili kasar
  • 1-2 sb jus limau nipis1-2 sb jus limau nipis
  • Daun ketumbarDaun ketumbar

Cara Buat Daging Goreng Ala Thai

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Limau perah ambil jus.
  2. 2
    Potong kasar daun ketumbar, (akar simpan untuk masak nanti).
  3. 3
    Cincang kasar bawang putih.
  4. 4
    Hiris nipis bawang merah kecil.
  5. 5
    Asam jawa rendam dengan air panas dan ramas.
  6. 6
    Basuh beras dan sangai sampai perang dan keluar bau terbakar. Masuk dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  7. 7
    Sangai biji ketumbar dan biji lada hitam atas api kecil sampai naik bau rempah. Tuang dalam lesung batu dan tumbuk halus.
  8. 8
    Bancuh (sos perapan) sos ikan, gula perang, air asam jawa dan sos tiram.
  9. 9
    Daging potong nipis dan perap dengan rempah tumbuk dan 1 sb sos perapan (simpan baki sos untuk masak nanti) selama 15-30 minit.
  10. 10
    Panaskan majerin (atau minyak), dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
  11. 11
    Masukkan akar ketumbar dan daging perap. Masak sampai air kering dan daging lembut.
  12. 12
    Tabur cili flakes, baki sos perapan, sedikit air dan garam. Kacau sampai bahan sebati.
  13. 13
    Tuang masuk beras sangai, hirisan bawang merah, jus limau dan daun ketumbar.
  14. 14
    Bila bawang dah layu tutup api dan tabur dengan chili flakes dan daun ketumbar untuk hiasan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Potong daging arah berlawanan urat, barulah daging tak liat.
  • Kalau guna daging keras, boleh rebus dulu sampai lembut.
  • Masak goreng, kalau air dah kering tapi daging masih liat, boleh tambah air dan sambung masak sampai lembut.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Masuk jus limau sikit-sikit dulu, adjust kalau kurang masam.
Video
Pengenalan

Jom tengok Che Nom share resepi masakan daging yang simple tapi rasa tu uii sedap kalau makan panas-panas. Nama menu ni ialah daging goreng ala Thai.

Kalau cakap pasal masakan Thai mesti ada banyak elemen rasa terutamanya manis, masam dan pedas. Penggunaan daun ketumbar tu buatkan bau daging goreng Thai ni lebih wangi.

Dari segi texture pulak kita ada tambah satu bahan rasa krup krap tu bila makan. Lauk ni mamang terbaik sangat kalau kita makan dengan nasi panas. Daging pon lembut, cukup semua rasa. Sekali sekali boleh cuka masakan yang berbeza sikit kan.

Diterbitkan pada 1 Januari 202418.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru