
Ayam•
Resepi Ayam Masak Sos Tiram Thai
Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 5 orang
Che Nom kongsikan resepi mudah Ayam Masak Sos Tiram ala Thai, sesuai untuk yang buntu nak masak ayam. Gabungan rasa masam, masin, pedas, manis memang membuka selera.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 ekor ayam
- 1/2 sk serbuk kunyit
- 1/2 sk garam
- 1 sb kicap manis
- 1 sb sos tiram
- 1/2 cwn minyak masak
- 8 ulas bawang putih
- 3-4 tangkai cili merah besar
- 6 tangkai cili padi
- Daun ketumbar
- 1 sb gula perang/gula Thai
- 2 sb sos ikan
- 3-4 helai daun limau purut
- 2 sb sos tiram
- Garam secukup rasa
- Limau nipis
Cara Buat Ayam Masak Sos Tiram Thai
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong kasar bawang putih, cili merah besar dan cili padi.
- 2Daun ketumbar asingkan batang dan daun. potong kasar.
- 3Gaul ayam dengan serbuk kunyit, garam, kicap manis dan sos tiram. Perap 10 minit.
- 4Kisar kasar bawang putih, akar daun ketumbar, cili padi, cili besar merah dan batang ketumbar.
- 5Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak.
- 6Dah masak boleh angkat dan ketepikan dulu.
- 7Panaskan minyak dan tumis bahan kisar kasar.
- 8Masukkan gula perang/ gula thai, sos ikan, daun limau purut, sos tiram dan lebihan air perapan ayam tadi.
- 9Masak sampai pecah minyak dan pekat.
- 10Masuk ayam goreng dan gaul sekata. Masak sekejap biar kuah meresap ke dalam ayam.
- 11Akhir sekali perah dengan jus limau nipis dan tabir hirisan daun ketumbar.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share satu resepi yang sesuai sangat untuk sesiapa yang dah tak tau nak masak apa dengan ayam kat rumah tu, boleh cuba masakan ni iaitu Ayam Masak Sos Tiram ala Thai. Cara nak masak nya mudah dan bahan-bahan pun senang nak cari. Walaupun simple, hasilnya cukup mantap membuka selera.
Mula-mula kita goreng ayam yang diperap, kemudian gaul dengan sambal yang pedas dari cili segar. Masakan ni ada rasa masam, masin, pedas, manis semua ada. Bau sahaja pun dah cukup terliur.
Diterbitkan pada 1 Januari 202444.1K paparan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun
30 Mei 2026

Resepi Ayam Belengas Viral
30 Mei 2026

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce
14 Mei 2026

Resepi Set Nasi Kerabu
7 Mei 2026

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam
21 April 2026

Resepi Donut Kampung Lembut Gebu — Tak Serap Minyak & Ada White Ring
9 April 2026








