Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.
Ayam

Resepi Ayam Masak Cabai Bersantan

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 5 orang

Hidangan Ayam ni sangat mudah nak sediakan, amat sedap dan well balance dengan pedasnya dari gabungan cili padi dan cabai besar, lemak santan, masam asam keping dan aroma daun kunyit sangat lah menyelerakan.

Ayam Masak Cabai Bersantan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • GulaGula
  • 1 keping asam gelugor1 keping asam gelugor
  • 1/2 ekor ayam1/2 ekor ayam
  • 1 sk serbuk kunyit1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk garam1 sk garam
  • 4 tangkai cili padi4 tangkai cili padi
  • 2-3 tangkai cili merah besar2-3 tangkai cili merah besar
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacanSedikit belacan
  • 2 cwn santan sederhana cair2 cwn santan sederhana cair
  • ATAU 1/2 kotak krim santanATAU 1/2 kotak krim santan
  • 1 helai daun kunyit1 helai daun kunyit
  • Sedikit serbuk kunyitSedikit serbuk kunyit
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • GaramGaram
  • Perasa, jika sukaPerasa, jika suka

Cara Buat Ayam Masak Cabai Bersantan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong kasar cili besar, cili padi, bawang besar dan bawang putih.
  2. 2
    Hiris nipis daun kunyit.
  3. 3
    Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  4. 4
    Tumbuk kasar bahan potong tadi dengan sedikit belacan.
  5. 5
    Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
  6. 6
    Bila dah separuh masak, boleh angkat dan ketepikan.
  7. 7
    Minyak goreng tadi keluarkan, tinggal anggaran ½ cwn.
  8. 8
    Tumis bahan tumbuk kasar sampai garing.
  9. 9
    Masukkan ayam goreng dan gaul biar sekata.
  10. 10
    Masukkan asam keping, santan dan serbuk kunyit.
  11. 11
    Masuk sos tiram, garam dan perasa.
  12. 12
    Perlahankan api dan masak sampai kuah pekat dan meresap dengan ayam anggaran 10 minit.
  13. 13
    Tabur hirisan daun kunyit dan tutup api.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang

Kalori
395 kcal
Protein
18 g
Karbohidrat
8 g
Lemak
31.5 g
Serat:
0.5 g
Gula:
2.5 g
Natrium:
1440 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • ½ ekor ayam dianggar 700 g bertulang, 65% isi boleh dimakan.
  • Minyak tidak disenaraikan; 3 sudu besar dianggar untuk menumis.
  • Pilihan santan sederhana cair 2 cawan digunakan (bukan krim santan).
  • Garam perap + garam masakan + sos tiram menjadikan natrium tinggi.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Kalau guna kuali stainless steel untuk goreng, minyak kena cukup panas baru lah bahan goreng tak melekat. Kena betul-betul panas sebelum goreng.
Video
Pengenalan

Hi semua, assalamualaikum, resepi special kali ni adalah Ayam Cabai Bersantan, resepi ni sangat mudah nak sediakan, amat sedap dan well balance dengan pedasnya dari gabungan cili padi dan cabai besar, lemak santan, masam asam keping dan aroma daun kunyit sangat lah menyelerakan.

Yang uniknya, bahan tumis kita kena tumbuk kasar. Ayam ni kita goreng dulu, kemudian kita masak dengan dengan kuah pekat berlemak tu, biar besalut melekat, baru makan dengan nasi panas. Potong timun sejuk-sejuk, makan dengan telur mata kuning cair memang kababoom.

Jadi sangat sesuailah untuk yang nak makan simple-simple kat rumah tapi still nak hidangan yang menyelerakan, yang penting masak sendiri, lagi terjamin kualiti, kebersihan dan yang penting sesuai untuk seisi keluarga, jimat duit haa.

Diterbitkan pada 11 Januari 202448.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru