ResepiCheNom
Ayam Goreng Mamak Rangup
Ayam

Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 minHidangan 10 orang

Ayam goreng mamak versi upgrade yang rangup di luar, moist di dalam, dengan perapan berempah dan warna cantik. Buat sendiri di rumah, lagi jimat dan confirm anak-anak suka.

Bahan-bahan

Bahan Ayam Goreng Mamak

  • ½ sb serbuk jintan manis½ sb serbuk jintan manis
  • ½ sb serbuk jintan putih½ sb serbuk jintan putih
  • ½ - 1 ekor ayam½ - 1 ekor ayam
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih
  • 300g tepung jagung300g tepung jagung
  • 1 sb serbuk ketumbar1 sb serbuk ketumbar
  • 1 sb serbuk kari ikan/daging1 sb serbuk kari ikan/daging
  • 1 sb serbuk Cukup Rasa1 sb serbuk Cukup Rasa
  • 1-2 sk garam1-2 sk garam
  • 3 sb tepung beras3 sb tepung beras
  • 2 biji telur2 biji telur
  • ½ sk pewarna merah½ sk pewarna merah
  • ½ sk pewarna oren½ sk pewarna oren
  • 1 sb jus limau1 sb jus limau
  • Daun kariDaun kari

Cara Buat Ayam Goreng Mamak

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Tepung Salutan

  1. 1
    Kisar halus halia dan bawang putih dengan sedikit air.
  2. 2
    Masukkan tepung jagung, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari ikan atau daging, serbuk cukup rasa, garam, tepung beras dan bahan kisar halus.
  3. 3
    Masukkan telur, lalu gaulkan kesemua bahan sambil memasukkan air sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair dan tiada ketulan tepung.
  4. 4
    Masukkan pewarna merah dan oren kedalam adunan.
  5. 5
    Masukkan potongan ayam lalu gaul sehingga adunan dan ayam bersalut sekata.
  6. 6
    Masukkan jus perahan limau atau lemon kedalam adunan ayam.
  7. 7
    Perap ayam lebih kurang 1 jam atau semalaman.
  8. 8
    Panaskan minyak lalu goreng ayam.
  9. 9
    Ketika menggoreng, tabur daun kari kedalam minyak dan goreng ayam sehingga masak.
  10. 10
    Angkat ayam goreng dan toskan minyak. Goreng juga lebihan adunan dan kemudian, Ayam Goreng Mamak siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Pastikan minyak cukup dalam dan betul-betul panas untuk menggoreng ayam.
Video
Pengenalan

Untuk peminat ayam goreng, dan sesiapa yang suka makan ayam goreng style mamak? Kali ni Che Nom akan share cara mudah dan cara yg sesuai untuk mak-mak sediakan di rumah untuk family, resepi ayam goreng mamak yang rangup, moist isinya, sedap dengan rasa bahan perapan dan rupa pun ceria saja, tak rugi lah buat.

Che Nom dah pernah buat sebelum ni Ayam Goreng mamak, tapi ini versi upgrade, lebih rangup lebih sedap dan warnanya pon lebih mengancam, memang kegemaran anak-anak Che Nom lah hidangan ni.

Nak makan kat kedai mahal sekarang ni sebab harga ayam pon dah naik, elok kita buat kat rumah, lebih jimat dan lebih sedap.

Diterbitkan pada 28 Jun 202264.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru