Resepi Ayam KFC Guna Resepi Rahsia
Kali ni Che Nom cuba buat ayam ala KFC guna resepi rahsia yang konon dibocorkan, lengkap dengan campuran rempah klasik. Jom tengok jadi rangup dan sedap macam original ke tak.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam KFC
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Ayam Kfc
- 1Perap ayam dengan garam, serbuk paprika, serbuk garam bawang putih, sebuk lada hitam dan serbuk halia. Gaul sebati kesemua bahan.
- 2Tambah air dan perap selama beberapa jam.
- 3Masukkan kesemua rempah salutan seperti garam, thyme, basil, oregano, celery salt, serbuk lada hitam, serbuk mustard, serbuk paprika, serbuk garam bawang putih, serbuk halia, serbuk lada putih dan MSG dalam tepung gandum.
- 4Gaul sebati kesemua rempah dan tepung.
- 5Angkat ayam perap tadi dan toskan air.
- 6Salut ayam dalam adunan tepung dan rempah tadi.
- 7Angkat ayam dan ketuk-ketuk sikit.
- 8Kemudian celup dalam air sejuk (seeloknya celup ayam dalam penapis untuk senang angkat).
- 9Salut lagi sekali ayam dalam adunan rempah.
- 10Panaskan minyak anggara suhu 175⁰C dan goreng ayam (deep fry).
- 11Tutup rapat tudung periuk anggaran 5 minit sebab nak bagi ayam masak dalam dan isi jadi moist.
- 12Bila ayam dah garing boleh angkat dan toskan minyak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 490 kcal
- Protein
- 26 g
- Karbohidrat
- 12 g
- Lemak
- 37.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 0 g
- Natrium:
- 800 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 6 ketul ayam bertulang dianggar 1.2 kg, 65% isi boleh dimakan berkulit.
- Hanya ~40% campuran tepung berperisa melekat; garam dan Ajinomoto dalam baki tepung tidak dikira.
- Resepi tidak senaraikan minyak; serapan goreng dalam dikira 12%.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kelar sikit bahagian paha ayam untuk bagi ayam cepat masak.
- Goreng dalam minyak yg tenggelam (deep fry) dan dalam periuk yang tebal (Che Nom guna periuk kecil sebab nak jimat minyak).
- Kedut-kedut ayam menjadi tapi tak banyak sangat Che Nom rasa sebab bahan dalam ni ada herba yang kasar, mungkin kena kisar halus dulu baru menjadi. Warna pon cepat jadi perang sebab letak banyak paprika.
Video
Pengenalan
Assalamualaikum. Content masak kali ni, lain sikit sebab nya Che Nom 1st time nak try masak ayam KFC guna resepi yang kononnya telah dibocorkan oleh anak saudara pengasas KFC iaitu Colonel Sanders.
Siap resepi tulisan tangan lagi tu betul ke tidak, jadi ke tidak. Jom tgk hasilnya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









