ResepiCheNom
Ayam Goreng 3X Pedas Ala Mcd
Ayam

Resepi Ayam Goreng 3X Pedas Ala Mcd

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 10 orang

Jom buat Ayam Goreng 3X Pedas ala McD, rangup kerinting dan pedas kow kow hasil gabungan beberapa jenis cili. Lagi padu kalau cicah sos cheese homemade.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Perapan Ayam

  • 1 ekor ayam (10 ketul)1 ekor ayam (10 ketul)
  • 1 sudu besar serbuk perasa cajun1 sudu besar serbuk perasa cajun
  • 2 sudu besar serbuk cayenne2 sudu besar serbuk cayenne
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk seasoning1 sudu besar serbuk seasoning
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk cili1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 25-35 tangkai cili padi25-35 tangkai cili padi
  • 1/2 sudu kecil gula1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 cawan air1/2 cawan air

Bahan Untuk Tepung Goreng

  • 3 1/2 cawan tepung gandum3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk seasoning2 sudu besar serbuk seasoning
  • 2 sudu besar serbuk perasa cajun2 sudu besar serbuk perasa cajun
  • 2 sudu besar serbuk cayenne2 sudu besar serbuk cayenne
  • 2 sudu besar serbik cili2 sudu besar serbik cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk lada putih1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam

Bahan Untuk Sos Cheese

  • 1 sudu besar mentega1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan susu full cream1 cawan susu full cream
  • 3/4 cawan keju cheddar parut ATAU 2 keping keju chesdar3/4 cawan keju cheddar parut ATAU 2 keping keju chesdar
  • 1/2 sudu kecil serbuk cayenne1/2 sudu kecil serbuk cayenne
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit garam (jika suka)Sedikit garam (jika suka)

Bahan Untuk Celupan & Gorengan Ayam

  • Air sejukAir sejuk
  • Minyak masakMinyak masak

Cara Buat Ayam Goreng 3X Pedas Ala Mcd

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Perap Ayam

  1. 1
    Cili padi, buang tangkai dan cincang kasar. Masuk cili padi dan air dalam blender dan kisar halus.
  2. 2
    Perap ayam dengan serbuk perasa cajun, serbuk cayenne, serbuk lada hitam, serbuk seasoning, garam, serbuk cili, serbuk lada putih, bawang putih parut, halia parut, cili padi kisar dan gula. Gaul sebati ayam dan perap (lebih sedap perap semalaman)

Untuk Tepung Salutan

  1. 1
    Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk seasoning, serbuk perasa cajun, serbun cayenne, serbuk cili, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, baking soda dan garam. Gaul sebati.
  2. 2
    Pindah tepung salutan dalam tray/dulang yang besar. Gaul ayam perap dengan tepung. Masuk dalam 3 ketul ayam sekali gaul dan alih 4/5 kali.
  3. 3
    Pindah dalam penapis plastic dan rendam dalam air sejuk anggaran 30 saat. Angkat, toskan air dan salut dengan tepung sekali lagi.
  4. 4
    Panaskan minyak (suhu yang sesuai 175C). Goreng sampai keperangan.
  5. 5
    Angkat ayam dan rehatkan atas rak penyejuk.

Untuk Cheese Sauce

  1. 1
    Parut keju.
  2. 2
    Cairkan butter dalam kuali, masukkan tepung gandum, tuang susu full cream dan masak sampai pekat dan mendidih.
  3. 3
    Masuk keju cheddar parut dan kacau sampai larut.
  4. 4
    Masuk garam, serbuk cayenne, serbuk lada hitam. Adjust dengan susu kalau pekat sangat.
  5. 5
    Hiding bersama ayam goreng.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Setiap kali gaul tepung, tapis keluar ketulan kasar yang tinggal dalam tepung salutan ayam.
  • Untuk goreng, guna periuk yang tebal, kalau tak ayam mudah hangit bahagian luar tapi dalam tak masak lagi.
  • Control juga api supaya tak terlalu panas.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Minyak kena banyak sampai tengelam
  • Jangan goreng banyak dalam satu masa.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi ayam goreng pedas & rangup, inspirasi dari ayam goreng McDonalds pedas 3x.

Pada resepi sblm ni Che Nom dh share resepi ayam goreng yang kurang pedas, dan ramai pula minta versi pedas jadi Che Nom akan share cara untuk perap ayam dengan semua rempah ratus dan juga beberapa jenis cili yang mudah untuk kita dapatkan. Kombinasi jenis cili ni yg akan tambah lagi tahap kepedasan ayam goreng, kow kow punya.

Ada penambahbaikkan untuk cara salut ayam hasil dari tips yang dikongsi oleh anda semua pada komen sebelum ini untuk dapatkan ayam goreng rangup yg sedap dan lebih elok kerinting atau kriuk nya. Lebih sedap dimakan dgn dengan sos cheese yang boleh kita buat sendiri di rumah aja kalau tak ada yang instant.

Diterbitkan pada 12 April 20226K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru