Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.
Ayam

Resepi Ayam Goreng Teknik Brine

Prep 2 jamMasak 10 minJumlah 2 jam 10 minHidangan 10 orang

Kita prep ayam dengan teknik brine dan goreng garing dengan bumbu wangi seperti daun pandan dan daun kari. Resepi ini dinspirasikan dari Ayam Tangkap Aceh tapi Che Nom olah untuk dapat hasil yang juicy di dalam dan rangup di luar.

Ayam Goreng Teknik Brine

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Rendaman Ayam

  • 800g-1kg ayam800g-1kg ayam
  • Air sejukAir sejuk
  • 1 sb garam1 sb garam
  • 1 sb gula1 sb gula

Bahan Untuk Goreng

  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1-2 sk serbuk kunyit1-2 sk serbuk kunyit
  • 1 sb tepung goreng serbaguna1 sb tepung goreng serbaguna
  • Sedikit airSedikit air
  • 5-10 biji bawang merah kecil5-10 biji bawang merah kecil
  • 15 tangkai cili padi15 tangkai cili padi
  • 3 helai daun pandan3 helai daun pandan
  • 5 tangkai daun kari5 tangkai daun kari

Cara Buat Ayam Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Larutkan gula dan garam dalam air sejuk (masuk air sampai tenggelam ayam).
  2. 2
    Rendam ayam dalam larutan.
  3. 3
    Sejukkan dalam peti sejuk minimum 2 jam atau semalaman.
  4. 4
    Hiris nipis bawang merah.
  5. 5
    Gunting daun pandan anggaran 1 inci panjang.
  6. 6
    Cili padi buang tangkai je.
  7. 7
    Tapis dan toskan ayam tadi.
  8. 8
    Perasakan ayam dengan garam, serbuk kunyit, serbuk seasoning, tepung goreng ayam segera dan sedikit air.
  9. 9
    Panaskan minyak dan mula goreng ayam.
  10. 10
    Bila ayam dah garing masukkan hirisan bawang merah dan kacau sampai bawang kekuningan.
  11. 11
    Masukkan cili padi, daun pandan dan daun kari.
  12. 12
    Bila dah naik bau semua bahan boleh angkat dan tos minyak.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang

Kalori
190 kcal
Protein
10.5 g
Karbohidrat
2 g
Lemak
15 g
Serat:
0.5 g
Gula:
1 g
Natrium:
250 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Ayam dikira 900 g bertulang (pertengahan 800 g-1 kg), 65% isi boleh dimakan.
  • Garam dan gula brine dikira 20% sahaja diserap (air brine dibuang).
  • Minyak menggoreng dikira 10% serapan; bawang merah, cili padi dan daun kari goreng dikira.
  • 10 hidangan menjadikan portion kecil (~60 g ayam seorang).

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Untuk ayam bahagian peha Che Nom kelar sikit sampai kena tulang sebab kita nak bagi ayam cepat masak.
  2. Kalau takde tepung goreng segera boleh ganti dengan tepung beras tapi lebihkan garam.
  3. Masa goreng kena tutup rapat dan minyak kena teggelam untuk dapat ayam yang juicy.
Video
Pengenalan

Pernahkah korang makan ayam goreng daripada teknik brine dan pernahkah ayam goreng yang meriah dengan bumbu-bumbu yang simple tapi menarik macam ni. Resepi ni dinspirasikan dari Aceh, kalau tak silap Ayam Tangkap namanya tapi taklah sama dengan resepi asal, nama pun inspirasi kan. Memang sedap dan tak rugi cuba.

Potongan ayam kita rendam dalam air yang dibancuh dengan garam dan gula. Ha lebih moist dan meresap rasa. Kemudian gaul pulak dengan bahan-bahan perapan lepas tu goreng dengan bumbu yang wangi.

Kalau hidang panas-panas pada tetamu dengan isi yang juicy tu memang special. Pekena dengan nasi panas, sambal belacan, kicap fuhh dah cukup tak payah lauk lain dah.

Diterbitkan pada 9 September 202418.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru