Ayam Goreng Berlada

Resepi Ayam Goreng Berlada, kepak ayam yang pedas dan sedap, sesuai di makan bersama nasi lemak, boleh menggunakan juga bahagian lain ayam

Bahan-bahan:

  • Kepak ayam - dibersihkan, dicuci dan ditoskan.
  • Bahan untuk dikisar halus:
    • 15 tangkai lada kering - direndam air panas supaya lembut.
    • 1 sudu teh penuh lengkuas hiris.
    • 1 sudu teh penuh halia hiris
    • 1 batang serai - dihiris
    • beberapa camca air (jika guna pengisar) utk memekatkan bahan rempah.
  • Bahan-bahan lain berkaitan:
    • 1 sudu teh rata serbuk kunyit - dicampur dgn bahan kisar diatas.
    • Minyak utk menumis.
    • Garam secukup rasa.

Cara Penyediaan:

  1. Kelar kepak ayam supaya perencahnya dapat diserap. Lipatkan bahagian hujung kepak ayam ke bawah, seperti bentuk tiga segi (supaya kepak ayam tidak mengembang keluar semasa digoreng).
  2. Lumurkan kepak ayam dgn bahan-bahan kisar, dan perap selama 15-20minit.
  3. Panaskan minyak. Setelah minyak pejar, kecilkan apinya, biar sederhana. Goreng kepak ayam hingga garing. Angkat dan toskan diatas kertas dapur.

Tip:

  • Satu cara lain ialah sapukan sedikit minyak pada kepak ayam, kemudian panggang kepak ayam dlm ketuhar hingga garing.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.