
Waffle Rangup & Lembut Gebu, Kalah Kedai Punya!
Kali ni jom kita buat waffle! Che Nom ada resepi baru yang mantap untuk hasilkan waffle yang rangup di luar, tak padat dan lembut di dalam. Dulu Che Nom guna bancuhan yang sama untuk pancake untuk masak waffle, memang kurang sedap. Dan kali ni juga, Che Nom nak test mesin waffle yang baru beli. Pertama kali nak guna.
Mula-mula kita sediakan buttermilk secara homemade menggunakan susu & lemon, kemudian guna kan buttermilk untuk buat adunan waffle. Cara bancuhan waffle pun sangat penting untuk elakkan hasil waffle kita keras dan tak menjadi sedap. Jadi, bukan sahaja resepi, cara pun kena bagi perhatian.
Akhir sekali kita masak adunan menggunakan waffle maker, sampai perang dan garing. Boleh dihidang dengan sos coklat homemade. Sedap sangat. Jimat pun jimat, satu rumah boleh makan.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cawan susu krim penuh
- 2 sb jus lemon
- 2/3 cawan minyak jagung (boleh kurangkan kpd 1/2 cawan jika suka)
- 2 biji telur
- 2 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 2 sb gula halus
- 1 sk serbuk penaik
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1/2 sk garam
- 1 1/2 sk esen vanila
- 1 cawan kepingan coklat
- 1 sb mentega
- 1/4 cawan susu krim penuh
- 1Perah dan ambil jus lemon. Masukkan jus lemon dan susu full cream kedalam mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.
- 2Dalam mangkuk yang berasingan, masukan tepung gandum, tepung jagung, garam, serbuk penaik, baking soda dan gula halus. Gaul sebati kesemua bahan.
- 3Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sampai kembang.
- 4Masukkan kuning telur, esen vanilla dan minyak jagung (boleh ganti minyak masak) kedalam adunan susu (buttermilk).
- 5Masukkan adunan basah ke dalam adunan kering. Kacau sebati (jangan terlebih kacau).
- 6Masukkan adunan telur putih dan kacau sebati perlahan-lahan.
- 1Cairkan kepingan coklat, susu full cream dan butter.
- 2Keluarkan dari microwave dan kacau sebati.
- 1Gris waffle maker plate dengan minyak.
- 2Masukkan adunan waffle dan masak anggaran 4 minit 30 saat.
- 3Hidangkan bersama sos coklat.
- •Untuk tahu putih telur telah cukup kembang, angkat sikit (dengan whisk atau sudu), kalau jadi bertanduk kiranya dah kembang.
- •Jangan terlebih kacau adunan waffle, takut terhasil gluten. Gluten yang akan menyebabkan waffle keras.
- •Cairkan coklat sekadar lembut tak perlu mendidih, kalau terlebih panas takut coklat rosak.
- •Kalau nak garing tahan lama, rehatkan waffle atas cooling rack.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada





