Koleksi Resepi Makanan Ringan Rangup & Mudah Untuk Kudap-Kudap
Koleksi 14 resepi makanan ringan yang cepat dibuat, sesuai untuk minum petang dan bekal anak. Dari goreng-goreng ringkas hingga snek ketuhar.

Resepi Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Resepi Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Resepi Kerepek Gunting Pedas
Resepi Kerepek Gunting yang rangup, pedas dan berempah, sesuai dinikmati ketika musim perayaan. Walaupun bahan-bahannya mudah didapati, cara penyediaannya agak rumit dan perlu diberi perhatian.

Resepi Corndog ala Family Mart
Jom buat corndog ala Family Mart versi Che Nom, mudah dan bahan pun senang cari. Salutan tepung melekat elok, luar rangup dalam lembut, cheese cair bertali bila makan panas-panas.

Resepi Mushroom Sup dan Garlic Bread
Jom buat mushroom soup pekat berkrim ala restoran, guna cendawan butang fresh, susu dan butter tanpa cooking cream.

Resepi Popcorn Caramel Homemade
Jom buat popcorn caramel homemade macam kat panggung, rangup dan manis lemak. Che Nom tunjuk dua cara popkan jagung dan cara buat gula caramel untuk salut sampai sekata.

Resepi Cakoi & Sos Pandan Kastard
Jom buat cakoi rangup di luar, berongga di dalam dengan gabungan yis dan baking powder. Lagi sedap bila cicah sos kastard pandan yang lemak manis, memang padu.

Resepi Nugget Ayam
Resepi nugget ayam homemade yang lembut di dalam dan rangup di luar, guna isi dada ayam dan roti putih. Buat sendiri lebih sihat, perasa dan garam pun boleh ikut selera.

Resepi Waffle Rangup & Lembut Gebu, Kalah Kedai Punya!
Jom buat waffle rangup di luar, lembut gebu di dalam dengan buttermilk homemade. Ikut cara bancuhan yang betul, confirm jadi sedap kalah kedai!

Resepi Takoyaki
Jom buat takoyaki homemade, adunan tepung mudah je dan inti boleh letak meriah ikut suka.

Resepi Pancake dan Sos Coklat
Pancake lembut dan gebu guna homemade buttermilk, resepi Che Nom yang dah 13 tahun jadi. Siap dengan sos coklat pekat, sedap juga kalau cicah madu.

Resepi Churros
Churros rangup ala Che Nom, luar garing walau dah sejuk dan dalam lembut ngam-ngam. Cicah dengan sos coklat, memang jadi snek kegemaran anak-anak.