ResepiCheNom
Kerepek Gunting Pedas

Resepi Kerepek Gunting Pedas

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jam

Resepi Kerepek Gunting yang rangup, pedas dan berempah, sesuai dinikmati ketika musim perayaan. Walaupun bahan-bahannya mudah didapati, cara penyediaannya agak rumit dan perlu diberi perhatian.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 4 cwn/500g tepung gandum4 cwn/500g tepung gandum
  • 10 tangkai cili kering10 tangkai cili kering
  • 1 genggam ikan bilis1 genggam ikan bilis
  • 1/2 kiub pati ikan bilis1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1-2 tangkai daun kari1-2 tangkai daun kari
  • 1/2 sb jintan manis1/2 sb jintan manis
  • 1/2 sb jintan putih1/2 sb jintan putih
  • 1 sb serbuk cili1 sb serbuk cili
  • 1/2-1 sb serbuk kari1/2-1 sb serbuk kari
  • Serbuk perasaSerbuk perasa
  • 1 sk garam1 sk garam
  • 1 sb penuh majerin1 sb penuh majerin
  • 3 sb minyak masak3 sb minyak masak
  • Air Sejuk (anggaran 1 cwn, letak sikit-sikit)Air Sejuk (anggaran 1 cwn, letak sikit-sikit)

Cara Buat Kerepek Gunting

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Gunting cili kering dan rebus sampai lembut.
  2. 2
    Kisar kering jintan manis, jintan putih, kiub ikan bilis, ikan bilis dan cili kering. Berhenti kisar, tambah 1 tangkai daun kari dan sambung kisar.
  3. 3
    Panaskan majerin dan minyak masak sampai medidih.
  4. 4
    Tuang masuk minyak dan majerin panas tadi dalam tepung gandum.
  5. 5
    Gaul sampai jadi berserbuk macam serbuk roti.
  6. 6
    Masukkan semua bahan kisar, serbuk cili dan serbuk kari ikan dalam adunan tepung.
  7. 7
    Bancuh garam dengan sedikit air dan tuang masuk dalam adunan tepung.
  8. 8
    Tuang masuk air sejuk sikit-sikit sampai dapat adunan yang boleh dibentuk.
  9. 9
    Perap doh selama 30 minit.
  10. 10
    Potong doh kecil-kecil anggaran 16 bahagian.
  11. 11
    Bulatkan doh dan leperkan sampai memanjang dan nipis. Sambik gelek, sapu dengan tepung gandum supaya tak melekat.
  12. 12
    Potong doh anggaran 1/2 cm panjang kemudian sodok dengan scraper untuk leraikan.
  13. 13
    Panaskan minyak dan goreng. Rajin kacau untuk leraikan doh yang bergumpal.
  14. 14
    Tabur setangkai daun kari.
  15. 15
    Bila dah rangup boleh angkat dan toskan minyak.
  16. 16
    Sebelum masukkan dalam balang, sejukkan betul-betul dulu.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau nak mudah nipiskan doh, boleh beli pasta maker.
  • Che Nom potong doh nipis -nipis dengan pizza cutter wheel, kalau nak guna pisau pon boleh tapi susah sikit.
  • Kerap tabur doh dengan tepung untuk elak melekat.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Goreng dalam minyak yang banyak dan api sederhana. Kita tak nak cili dalam adunan jadi hitam bila minyak panas sangat, nanti warna jadi tak cantik.
Video
Pengenalan

Sempena nak sambut Raya tak lama lagi Che Nom nak share satu resepi kudap-kudapan yang sangat sedap.

Memang ralit kalau makan dengan rangupnya, dengan rasa pedas-pedas berempah gitu, ha ini lah dia kerepek gunting atau mungkin ada yang panggil kuih gunting. Kalau di sebelah utara macam ni lah kerepek gunting nya dan biasa banyak dijual waktu musin perayaan.

Diterbitkan pada 2 Mei 202431K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru