ResepiCheNom
Pancake dan Sos Coklat

Resepi Pancake Dan Sos Coklat

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 minHidangan 10 biji

Pancake lembut dan gebu guna homemade buttermilk, resepi Che Nom yang dah 13 tahun jadi. Siap dengan sos coklat pekat, sedap juga kalau cicah madu.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Buttermilk

  • 1 ½ cawan susu full cream (**boleh ganti susu cair)1 ½ cawan susu full cream (**boleh ganti susu cair)
  • 2 sudu besar jus lemon (**sbb takda jus lemon, Che nom ganti cuka kali ni)2 sudu besar jus lemon (**sbb takda jus lemon, Che nom ganti cuka kali ni)

Bahan Untuk Adunan Basah (A)

  • BUTTERMILK (**seperti di atas)BUTTERMILK (**seperti di atas)
  • ¼ cawan /57g mentega¼ cawan /57g mentega
  • 2 biji telur2 biji telur

Bahan Untuk Adunan Kering (B)

  • 2 cawan /250g tepung gandum2 cawan /250g tepung gandum
  • 3 sudu besar /45g gula kastor3 sudu besar /45g gula kastor
  • 3 sudu kecil serbuk penaik3 sudu kecil serbuk penaik
  • ¼ sudu kecil garam halus¼ sudu kecil garam halus

Bahan Untuk Sos Coklat

  • 200g coklat masakan gelap200g coklat masakan gelap
  • ¾ cawan susu full cream¾ cawan susu full cream
  • 2 sudu besar mentega2 sudu besar mentega
  • secubit garam (**jika menggunakan unsalted butter)secubit garam (**jika menggunakan unsalted butter)

Cara Buat Pancake

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Adunan Basah (A)

  1. 1
    Masukkan susu full cream dan cuka makan @ lemon kemudian kacau dan rehatkan selama 5 minit.
  2. 2
    Cairkan mentega dan masukkan kedalam adunan tadi.
  3. 3
    Seterusnya masukkan telur yang telah dipukul dan kacau sekata.

Untuk Adunan Kering (B)

  1. 1
    Masukkan tepung gandum, gula kastor, baking powder, dan garam halus (jika menggunakan unsalted butter).
  2. 2
    Kacau sedikit adunan tadi.

Untuk Pancake

  1. 1
    Tuangkan adunan basah (A) ke bahan kering (B) sedikit demi sedikit.
  2. 2
    Panaskan frying pan dan tuang sedikit minyak dan ratakan dengan kertas tisu.
  3. 3
    Tuangkan adunan dan masak sehingga keperangan kedua-dua belah

Untuk Sos Coklat

  1. 1
    Potong nipis coklat masakan.
  2. 2
    Masukkan ke dalam periuk coklat yang telah dipotong nipis, susu full cream, mentega dan garam.
  3. 3
    Bukak api dan kacau sekadar suam sahaja adunan sos coklat tadi.
  4. 4
    Curahkan sos coklat diatas pancake.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tips nk tahu bila nk tebalikkan Pancake tu, tunggu sampai sebelah atas pancake tu dh start belubang/berbuih tu itu tandanya dh boleh tebalikkan.
Pengenalan

Hi Semua..kali ni Che Nom nak share resepi mudah pancake menggunakan homemade buttermilk, dan yg specialnya dah 13 tahun Che Nom guna resepi pancake ni...foolproof.

Confirm menjadi. Lembut, dan sangat sedap walau dimakan begitu sahaja.

Che Nom share resepi sos coklat sekali, tapi boleh juga kalau anda nak makan pancake ni dengan madu.

Diterbitkan pada 3 Jun 20205.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru