ResepiCheNom
Tomyam Thai Istimewa

Resepi Tomyam Thai Istimewa

Prep 20 minMasak 45 minJumlah 1 jam 5 minHidangan 1 orang

Tomyam Thai Istimewa kuah merah pedas pekat ala tom yam kung, guna pes tomyam homemade yang wangi rempah segar. Letak seafood segar, memang padu dan menyelerakan.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Tomyam Paste

  • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih, hiris kasar5 ulas bawang putih, hiris kasar
  • 2 inci lengkuas. hiris kasar2 inci lengkuas. hiris kasar
  • 2 inci halia. hiris kasar2 inci halia. hiris kasar
  • 5 helai daun limau purut, hiris kasar5 helai daun limau purut, hiris kasar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
  • 1 cawan air asam jawa1 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
  • 2 batang serai. hiris nipis2 batang serai. hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 senduk minyak untuk menumis1 senduk minyak untuk menumis

Bahan Untuk Kuah Tomyam

  • 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
  • isi ayam, bahagian dada dihiris nipisisi ayam, bahagian dada dihiris nipis
  • udang, dibuang kepalaudang, dibuang kepala
  • sotong, potong ikut kesukaan andasotong, potong ikut kesukaan anda
  • 1/2 batang karot1/2 batang karot
  • 1 biji tomato, potong 41 biji tomato, potong 4
  • cendawan tiram, jika sukacendawan tiram, jika suka
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 4 helai daun limau purut4 helai daun limau purut
  • 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
  • 2 sudu besar sos ikan2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis, ambil jus2 biji limau nipis, ambil jus
  • tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
  • sedikit daun ketumbarsedikit daun ketumbar
  • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 41/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Cara Buat Tomyam Thai

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Tomyam Paste

  1. 1
    Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
  2. 2
    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
  3. 3
    Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
  4. 4
    Angkat dan sejukkan.

Untuk Masak Tomyam

  1. 1
    Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
  2. 2
    Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.
Video
Pengenalan

Resepi tomyam ini adalah versi tom yam kung yang berkuah pedas dan merah. Satu lagi versi tomyam adalah yang berkuah putih. Untuk tomyam kali ini, saya cuba masak dengan menggunakan tomyam paste yang dibuat sendiri menggunakan resepi authentic dari Thailand.

Antara keistimewaan masakan Thai adalah bahan rempah yang digunakan adalah semuanya dari bahan yang segar, contoh nya halia, lengkuas, daun limau purut dan banyak lagi. Nak masak tomyam paste ni memang makan masa dan tenaga yang lebih, tapi yang berbaloinya adalah jika masak tomyam pakai paste homemade ni, kuah akan jadi pekat dan memang sangat lazat.

Pastikan bahan utama yang digunakan sama ada ayam atau seafood adalah segar, sebab jika segar bahan tersebut..kuah tomyam akan jadi sungguh sedap. Jika anda malas, gantikan saja dengan dengan 1 paket tom yam paste yang dibeli dari kedai dan terus rujuk kepada langkah untuk masak kuah Tom Yam sahaja.

Diterbitkan pada 27 Jun 2015166.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru